Hiburan

“Haritu Pegng Tngan, Pluk Pnggang Okay Je”- Ubai malu2 nk c1um Shila tapi…

Dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Ubai Mz atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Shila, ND Lala dan menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 namun mereka memilih untuk merahsiakan hantaran.

Ramai peminat mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dan mendoakan agar rumah tangga dibina berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Dalam pada itu, reaksi pempengaruh media sosial tersebut yang dilihat malu malu ketika upacara batal air sembahyang mengundang respon warganet di TikTok.

Menerusi video itu, Ubai dilihat menarik nafas panjang sebelum memulakan upacara berkenaan kemudian membaca doa sambil meletakkan tangan di kepala Shila dan mencium dahinya.

Ramai pengguna media sosial memberi komen sinis dan menyindir pasangan tersebut kerana sebelum ini pernah dilihat berpegangan tangan di tempat awam.

Malah, ada individu yang turut mendakwa pernah ternampak Shila dan Ubai memeluk pinggang sebelum ini.

Sementara itu, sesetengah individu berpendapat bahawa Ubai berasa gementar kerana disaksikan ramai orang dan pertama kali mencium dahi wanita yang telah sah bergelar isterinya.

Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Ubai berkata, mereka belum ada perancangan memandangkan sibuk dengan tuntutan kerja.

“Disebabkan kekangan masa, kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu.

“Namun, mungkin akan ada percutian pendek dalam negara terlebih dahulu,” katanya.

Yang turut hadir pada majlis pernikahan itu termasuklah rakan artis seperti Fara Fauzana, Zara Zya, Marsha Milan, Amylea, Jihan Muse, Jaclyn Victor dan Haziq Hussni.

Dalam pada itu, terdapat dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, artis dan rakan kongsi dari pelbagai negara.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan pada 27 Mei lalu.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022

Sumber:f-uh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button