Viral

Gadis kembar tiga kejutkan pengikut TikTok, tiba-tiba buat ‘live’ tak pakai tudung… Sedih netizen sanggup DM cacl makl

WARGA maya dikejutkan dengan penampilan tidak bertudung kembar tiga terkenal ketika bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Seperti sudah dijangka, tindakan itu ternyata menuai kecaman netizen yang tidak bersetuju dengan apa yang mereka saksikan.

Sedar akan kritikan yang diterima, tiga beradik yang popular dengan imej berhijab itu memuat naik satu kenyataan meminta orang ramai agar menjaga tutur mereka di media sosial.

“Jaga mulut… lidah tu lagi tajam daripada pedang. Berapa banyak dah anda sakitkan hati orang, lepas tu rasa diri anda lagi betul. Minta maaf tak pernah pun.

Antara kecaman yang diterima triplet itu.

“Dosa dengan Allah, kita mohon ampun dengan Allah… insya-Allah, Allah boleh maafkan. Tetapi dosa dengan manusia wajib mohon maaf kerana takut ia menyekat diri untuk ke syurga,” ujar triplet itu.

Dalam kenyataan sama yang dikongsi kepada lebih 200,000 pengikut TikTok, kembar tiga itu mengakui mereka hanyalah manusia biasa yang memiliki sisi baik dan buruk tersendiri.

“Kalau nak tahu keburukan kami, tanyalah orang-orang yang membenci kami. Kalau nak tanya tentang kebaikan kami tanyalah orang-orang yang sayang kami.

Dah nampak siapa pengikut setia kalau dajal dah muncul.

NETIZEN

“Hakikatnya pendapat kita semua berbeza-beza antara manusia. Tapi yang paling penting adalah siapa kita di mata Allah.

“Ukhuwah ni ibarat tasbih, ada permulaan, tak akan ada pengakhiran. Maka peliharalah sahabat-sahabat kalian selagi ada… begitu juga keluarga kita,” ujar triplet itu lagi.

Menerusi video yang dikongsi pada Ahad, kembar tiga itu turut menghimpunkan tangkap layar komen-komen netizen yang mencerca perbuatan mereka selepas menanggalkan tudung.

Selain menjadi mangsa face shaming oleh segelintir netizen, mereka bertiga turut dilabel dengan pelbagai gelaran termasuklah penunggang agama.

“Triplet ni Islam dekat kad pengenalan je.

“Triplet penunggang agama,” tulis beberapa netizen.

Di sebalik kecam4n yang diterima, terdapat ramai netizen turut memberikan kata-kata semangat buat tiga gadis itu.

Kembar tiga ini mempunyai pengikut yang ramai di TikTok.

“Semoga dipermudahkan segala urusan sis bertiga dan sentiasa dibawah perlindungan dan reda-Nya.

“Bertabahlah. Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Just keep going.

“Tegur janganlah sampai tahap menghlna. Ini bukan ajaran Islam.

“Yang menegur siap makl tu memang confirm syurga ke?” tulis beberapa netizen pula.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan tiga kembar itu membuat siaran langsung di TikTok tanpa mengenakan tudung.

Tindakan itu ternyata mengejutkan netizen kerana mereka sering tampil bertudung menerusi video-video sebelum ini.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button