Hiburan

‘Nak Tegur Perlu Ada Batas’, Azwan Ali Tampil Berani Tegur Mas Idayu, Tak Sangka Ini Yang DIVA AA Cakap!

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali bukanlah asing dalam industri hiburan kerana sering melontarkan kata-kata dengan lantangnya terutama di media sosial.

Terbaharu, Azwan atau lebih dikenali Diva AA meluahkan pandangan mengenai tindakan juri yang sering memberikan komen secara berlebih-lebihan tanpa menjaga perasaan peserta yang bertanding dalam program realiti.

Azwan berkata, dia akui setiap juri berhak mengeluarkan pandangan, tetapi perlulah berlandaskan cara penyampaian yang betul supaya tidak dipandang hina terutama ditayangkan secara langsung di kaca televisyen.

“Perlu ada batas apabila nak mengamuk atau menghentam peserta.

“Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta.

“Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023,”ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Azwan Ali tegur Mas Idayu sebab sayang…

Kata Azwan, dia menegur Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan yang pernah bekerjasama sewaktu menjayakan program Lagu Cinta Kita 2 pada tiga tahun lalu.

Tambahnya lagi, sekiranya dia berada di tempat Sissy Imann pada ketika itu, berkemungkinan juga sudah meninggalkan terus set semasa siaran langsung.

“Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.

“Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit sumbang dan seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan,” jelasnya.

Dalam masa sama, pemilik nama Mohamed Azwan Haji Ali  meminta Mas Idayu supaya menjaga maruah seseorang tanpa memberikan sebarang alasan dengan mengatakan ia dilakukan kerana sayang kepada peserta.

“Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi ‘laser’ dari Mas Idayu.

“Bagi saya menjatuhkan maruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan,” katanya.

Terdahulu, Mas Idayu mengkritik nyanyian pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann sewaktu membawa lagu Jampi versi keroncong sehingga membuatkan penyanyi wanita itu mengalir air mata di atas pentas.

Susulan itu, tindakan Mas Idayu mengundang kec4man ramai sehingga netizen menyuruh penyanyi dangdut berkenaan memberanikan diri menyertai pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza pada masa akan datang.

Sumber: Utusan Malaysia (Hasif Idris)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button