Hiburan

“Kami mohon maaf” – Jenama Kecantikan ‘Censored’ Muka Ruhainies Untuk Iklan Ramadan

Sebuah jenama produk kecantikan Korea mengambil langkah yang mengejutkan bagi memberitahu mereka tidak menyokong perbuatan pelakon sensasi Ruhainies yang merupakan salah seorang talent dalam iklan Ramadan mereka.

Jenama yang dimaksudkan ialah Kitsui Malaysia, mereka menampilkan Ruhainies bersama penyanyi Wany Hasrita serta pelakon Hisyam Hamid bagi iklan Ramadan mereka.

Disebabkan gosip yang kini tular itu pihak Kitsui Malaysia bertindak meletakkan pixels atau dalam kata lain censored pada wajah Ruhainies dalam iklan tersebut.

Syarikat itu juga mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu menerusi semua akaun media sosialnya.

“Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada Oktober 2023

Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini,” tulisnya.

Selain itu, pihak Kitsui juga memberitahu, bersempena bulan Ramadan ini, mereka akan menginfaqkan sebahagian keuntungan mereka kepada pihak-pihak yang memerlukan terutamanya rumah anak-anak yatim.

Sumber: Instagram

Kredit: LobakMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button