Hiburan

[VIDEO] Nabil Sanggup Bayar Gaji Isteri, Minta Berhenti Kerja Jadi ‘Flower Pot’

Umum mengetahui bahawa isteri kepada pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub, merupakan seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum mendirikan rumah tangga.

Jadi ‘flower pot’

Menerusi perkongsian yang dibuat dalam siaran YouTube penyanyi Zarul Umbrella, Zira atau nama sebenarnya Nazira Ayub mengatakan bahawa dia bekerja sebagai ‘flower pot’ atau model bagi syarikat penerbangan tersebut.

“Saya pakai uniform, duduk sebelah VIP. Itulah ‘flower pot’, apa yang kita panggil kalau jadi kru kabin. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama ‘flower pot’.

Namun, Zira mendedahkan bahawa perjalanan dirinya untuk menjadi seorang ‘flower pot’ bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal semasa dalam tempoh latihan.

Nabil bayar gaji isteri

Bukan itu saja, Zira juga mengatakan bahawa kariernya sebagai pramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum berkahwin dengan Nabil.

Sebab Haji (Nabil) ada cakap, ‘kalau awak terbang (kerja), macam mana kita nak jumpa?’

Disebabkan itu juga, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut mendedahkan bahawa suaminya nekad untuk membayar gaji yang sama dengan pendapatannya sebagai pramugari.

Saya cakap dengan haji, ‘kalau saya berhenti, awak kena bayar gaji saya. Berapa saya dapat, itulah yang awak kena bayar setiap bulan’ dan dia pun bersetuju.

Disebabkan pendedahan Zira itu, klip yang turut dikongsikan di TikTok Zarul tersebut mendapat perhatian ramai selepas rata-rata mengatakan tindakan Nabil itu merupakan lelaki ‘alpha’ yang sebenar.

Ini baru betul lelaki alpha. Suruh buah hati berhenti dan bayar gaji. Terbaik Haji Nabil.

Video

@zarulumbrellaofficial

Ikuti kisah menarik Zira yg merupakan wife kpd Nabil Ahmad semasa bertugas diawan biru bersama AirAsia

? original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

Sumber: TikTok, YouTube

Sumber: Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button