Viral

Pelanggan dapat roti bertompok kulat… anak dah pun makan separuh, sekali ini pula tindakan dari Zus Coffee

BAYANGKAN ketika sedang asyik menikmati makanan, tiba-tiba anda baru sedar wujudnya ‘perasa tambahan’ pada hidangan tersebut.

Begitulah kisah yang dialami oleh seorang wanita apabila dia bersama anak kecilnya dihidangkan roti yang telah tamat tempoh dan lebih teruk lagi, sudah berkulat!

Apa yang lebih dikesalkan, ‘insiden’ berlaku di sebuah rangkaian kedai kopi terkenal.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, pengguna akaun @keabadiancinte berkata, perkara itu hanya disedari selepas anaknya menjamah roti tersebut hampir separuh.

“Sis dapat roti hot roll ‘add on’ kulat. Nasib tak tumbuh cendawan guys. Anak dah makan half(separuh). Nasib dia habaq (beritahu) sedap lepas tu dia nak makan hotdog je. Sekali ada perisa tambahan.

“Nasib juga nak buang roti tu, kalau tak, habis ditelannya… geli kot, tengoklah roti berapa minggu dia pergi panaskan,” kongsi wanita tersebut.

Antara komen netizen susulan perkongsian tular di media sosial.

Tambah wanita tersebut, sebaik sahaja menyedari kehadiran ‘benda asing’ itu, dia segera membuat aduan kepada pekerja di kedai berkenaan.

“Nasiblah staf baik ganti lain bagi baucar. Kemudian mereka ambil semua roti hotdog dekat tray tu buang,” ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, dia membuat perkongsian di laman sosial bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama memberi peringatan kepada orang lain agar lebih berhati-hati sebelum menjamah makanan di kedai.

Selain itu, wanita tersebut berharap agar semua premis makanan lebih peka dengan isu ini kerana ia membabitkan keselamatan dan kesihatan pelanggan.

“Kerja kedai jual makanan, patut kena alert la benda macam ni. Bahaya tau, buatnya jenis perut tak tahan ke apa… alahai,” tambahnya.

Menerusi ruangan komen, wanita itu yang menjawab soalan netizen berkata, dia bersyukur kerana anaknya tidak mengalami keracvnan makanan.

Boleh keracvnan makanan. Lagi-lagi kalau budak makan… lagilah tak tahan perut.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut melahirkan kebimbangan mengenai isu kebersihan yang seolah-olah tidak diberi penekanan oleh premis berkenaan.

“Boleh keracvnan makanan. Lagi-lagi kalau budak makan… lagilah tak tahan perut.

“Naya dekat orang. Harap jangan keracunan makanan dah la. Minum air garam siap-siap.

“Teruk benar panaskan makanan yang berkulat. Sehari tak habis buanglah. Tak pun bagi sedekah… esok tu yang (roti) baru,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini, posting tersebut meraih lebih 1,000 perkongsian di Facebook.

Kenyataan rasmi Zus Coffee pada Jumaat mengenai insiden pada 28 Januari 2023.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, rangkaian kedai kopi berkenaan, Zus Coffee, tampil dengan permohonan maaf menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (4 Februari).

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial rasmi Zus Coffee, kejadian berlaku di cawangan KL East Mall, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan tersebut, siasatan teliti telah pun dilakukan dan hasilnya mendapati pencemaran (kulat) berpunca daripada kerosakan peti penyejuk makanan yang memberi kesan kepada suhu.

“Kami telah berhubung secara terus dengan pelanggan tersebut dan membuat permohonan maaf. Kami juga akan menawarkan bayaran pulangan beserta pampasan perubatan dari mana-mana pusat perubatan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pelanggan tersebut,” ujar kenyataan tersebut lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button