Hiburan

Shila Amzah sudah burnout! Ragu keputusan tentang karier, tak tahu cara perbetul situasi

PENYANYI Shila Amzah mendedahkan tekanan berlebihan membuatkan emosi, mental dan fizikalnya berada dalam keadaan letih.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, disebabkan itu juga dia mula berasa ragu-ragu tentang keputusan yang dibuat berhubung kariernya sebagai penyanyi.

“Saya sangat burnout, saya tidak pasti jika saya membuat keputusan yang tepat berhubung karier saya.

“Saya lebih banyak mempersoalkan diri saya sejak kebelakangan ini,” katanya.

Kenyataan Shila dalam Insta Storynya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya ketika menjawab soalan daripada peminat pada Rabu.

Bagaimanapun penyanyi itu tidak memberi situasi secara jelas tentang punca dia berasa demikian namun dipercayai ada kaitan dengan penurunan prestasi menerusi pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3) Ahad lalu.

Dalam pada itu, Shila turut memberitahu dia juga tidak tahu cara bagi memperbaiki situasi dihadapi ketika ini.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk memperbetulkan situasi ini,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Shila merupakan antara peserta yang memberikan persembahan memukau selama dua minggu berturut-turut hasil berduet dengan adiknya, Amir Syahir di FD3.

Bagaimanapun, selepas dua kali menjadi naib juara mingguan, episod ketiga menyaksikan duo adik-beradik itu di tangga tercorot dengan markah sebanyak 42.5 peratus.

Persembahan mereka turut mendapat kritikan juri dengan menyatakan pembawaan Syahir di pentas tidak memberi hasil atau penjiwaan yang setaraf dengan kakaknya.

Shila berduet bersama adiknya, Amir Syahir dalam Famili Duo 3.

Menurut Ajai, Syahir sepatutnya menonjolkan dirinya dengan lebih menjiwai setiap persembahan.

Selain Shila dan Syahir, FD3 turut menampilkan lima pasangan duo lain iaitu Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta Fuad Rahman dan Tom.

FD3 disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button