Hiburan

“Mesti Banyak Memori Dia Dengan Kereta Tu..” – Netizen Sebak Lihat Isteri Ali Puteh Menangis Terpaksa Jual Kereta Kesayangan

Umum mengetahui, pelawak dan pelakon Ali Puteh sebelum ini pernah menyertai beberapa program lawak di Malaysia dan menjadi pemenang.

Lunaskan hutang

Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok @pojie.pidon, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilihat sudah menjual trofi tersebut.

Sold. Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak).

Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri (isteri Ali).

Menurut sumber yang diterima, tindakan pelawak berusia 35 tahun itu menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Nurhidayah Hamzah.

Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

Sementara itu, menerusi satu hantaran di Instagram, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

Dalam video yang dikongsikan, isteri Ali, Melati Fitri dilihat gagal menahan air mata apabila harta peribadi milik mereka terpaksa dilepaskan kepada pemilik baharu.

VIDEO;

@pojie.pidon

Honda Accord SOLD✅ TQ hamba Allah ni dari JB … sangat mudah berurusan💪🏽 Moga ada rezeki lain 🤲🏻 @aliputeh @🌸 i am MeL 🌸 #sold #hondaaccord #honda

♬ bunyi asal – hilang – hilang

@pojie.pidon

RXZ SOLD ‼️ #sold

♬ original sound – 🎧 Lirik Pendek ✅ – caciu11

Klip video tersebut mendapat sebanyak 300 ribu tontonan dan 10 ribu sukaan. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dan tomahan daripada netizen. Ada yang simpati malah ada juga yang berpuas hati.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

@insan biasa88: akak yg dri jb tu mmg gentel la dri jb bhai die trun.niat hamba tu maybe mmg nk tlg si Ali ni.ramai yg kecam lu mat smge kuat tempuh ujian ni bro…🤲

@mattusop: cuma ahli keluarga ja tau perangai masing2 dan hanya allah tau sapa betul sapa salah tabah bro ali

@K A S S I M A L I🇲🇾: jgn risau li..pasti ade yg lgi baik lepas nie

@samdol: InshaAllah harta bole dicari lagi. yg utama selesaikan dulu mana² urusan yg penting. hidup pun akan lebih tenang.

@MT garage autoworks: satu2 saksi Ali tak bersalah adalah arwah mak Ali.semoga Ali dipermudahkan urusan……..

@REzduan: betul org dulu² kataaam…Jagan main² dgn harta ank yatim..

@AnggunNayyla: Xpe abes harta pn jnji haty tenang..ak xside sape2 tp mgkin skg ali dah sdr kesilapan dye..xjatuh miskin pn klu byr hutang..lg Allah lipat gandakan rezeki..

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Sumber: TikTok, Instagram

Sumber:Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button