Viral

Keluarga ‘buat g!la’ hantar rombongan, bawa hantaran ke majlis konvo! Graduan baru keluar dewan terkejut, malu-malu tapi mahu

KEHADIRAN rombongan keluarga membawa kotak-kotak hantaran yang cantik dihiasi reben dan bunga menjadi tumpuan ramai.

Mana tidaknya, mereka bukan hadir ke majlis perkahwinan atau pertunangan sebaliknya pergi ke sebuah universiti yang sedang mengdakan majlis konvokesyen.

“Mesti orang dok fikir mari meminang kat konvo ke?” demikian komen seorang netizen di video yang tular di media sosial.

Tiada pengantin lelaki atau perempuan, Anif Shahira Zainun menjelaskan bahawa semua hantaran itu dibawa oleh rombongan sempena meraikan sepupunya, Nurin Batrisyia Junidak yang menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor, pada Khamis.

Kotak hantaran yang dihias dan digubah sendiri.

Mesra disapa Shahira, gadis berusia 24 tahun itu berkata, mereka sekeluarga dan saudara-mara memang sering membuat kejutan dan meraikan antara satu sama lain.

“Masa saya konvo baru-baru ini mereka ada buat kejutan untuk saya. Kali ini giliran sepupu. Kalau semua bagi bunga segar, nanti penuh pula jika diletakkan dalam bilik.

“Bunga segar cepat layu dan tak tahan lama. Kami mahu tampilkan kelainan. Masa saya konvo cadangnya nak feeling pakai baju nikah, tapi tak buat sebab satu keluarga pakai hitam.

“Jadi konsep ala pengantin tu kami buat untuk konvo sepupu dengan menyediakan kira-kira 10 hantaran yang saya sendiri gubah hiasannya,” katanya kepada mStar.

Rombongan keluarga dari Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.

Mengulas lanjut, Shahira yang merupakan graduan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) memberitahu, kebanyakan hantaran yang dibawa oleh rombongan mempunyai signifikan tersendiri seperti baju kelawar, ubat resdung dan makanan laut.

“Baju kelawar sebab baju kelawar dia asyik koyak, ubat resdung dan tisu sebab dia ada resdung, kuaci kerana nenek suka pelawa cucu-cucu dia makan kuaci, tudung dan baju kemeja untuk pakai ke tempat kerja serta duit daripada ibunya.

Orang ingat saya nak kahwin.

NURIN BATRISYIA JUNIDAK

“Selain itu, kami juga menyediakan masakan udang dan king crab sebagai sebahagian hantaran, termasuk nasi berserta telur dadar. Kesemua ini merupakan makanan kegemaran sepupu.

“Ada juga kunci dalam kotak hantaran, acah-acah bagi rumah. Tapi sebenarnya itu kunci homestay kami. Saja nak bagi dia terkejut,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang.

Nurin turut menerima ‘wang hantaran’.

Shahira yang mengusahakan bisnes kedai makan mengakui kehadiran rombongan keluarga yang sanggup datang dari Pahang, Kelantan juga Kuala Lumpur itu menjadi tanda tanya orang ramai yang menghadiri majlis konvokesyen di UKM ketika itu.

“Masa kami berjalan kaki macam konvoi bawa hantaran menghala ke dewan, semua pandang-pandang siap tanya siapa yang kahwin, datang untuk majlis tunang ke?

“Memang kejutan menjadi. Kalau rombongan bawa hantaran sekali dengan paluan kompang macam pengantin berarak macam tu, pasti lebih terkejut,” katanya bergurau.

Shahira (kanan) dan Nurin pada majlis konvokesyennya di Kuis, baru-baru ini.

Sementara itu, Nurin yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian mengakui tergamam sebaik menerima kejutan ‘hantaran’ tersebut.

“Saya sebenarnya boleh agak akan ada kejutan daripada mereka, tapi saya tidak menyangka ia adalah hantaran macam orang nak kahwin.

“Memang malu sebab orang ingat saya nak kahwin. Tapi tidak, bukan saya yang kahwin. Keluarga kami semua memang sporting, jadi memang kena tahan malu dengan kejutan,” katanya yang berusia 23 tahun.

Makanan kegemaran Nurin merupakan antara hantaran yang diterima.

Kini bekerja dalam bidang teknologi maklumat (IT), Nurin terharu dengan segala usaha, inisiatif dan kreativiti yang ditunjukkan keluarga bagi meraikan hari istimewanya.

“Hantaran paling best adalah telur dadar sebab saya suka makan telur dadar. Kalau tak ada telur dadar, rasa macam makan tak lengkap. Apa pun, lega sangat sebab rombongan tak ada sekali dengan bunga manggar, nanti over pula,” ujarnya berseloroh.

 

Sumber:  mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button