Hiburan

Marissa antara pelajar paling berjaya di Maahad Tahfiz As Sofa

Kuala Lumpur: Biarpun dihambat kontroversi perkahwinan sebagai isteri kedua, kisah anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim ketika menuntut di Maahad Tahfiz As Sofa, Seremban, Negeri Sembilan pada 2018 kembali menjadi sorotan warga maya.

Marissa, 19, yang juga pempengaruh media sosial dilaporkan menjadi antara pelajar yang berjaya menamatkan hafalan Qasidah Burdah Al Busiri yang terkandung 160 bait.

Lebih menarik perhatian, Marissa turut berjaya menghabiskan keseluruhan matan burdah terbabit di hadapan gurunya.

Marissa turut membanggakan ibu bapanya apabila berjaya menghafal enam juzuk al-Quran dalam tempoh setahun di maahad itu.

Ini bermakna segala yang dicita-citakan Abby untuk melihat anak-anakya menghafal al-Quran menjadi kenyataan.

“Saya juga berharap biar penuh ilmu di dadanya agar dia tidak lalai dengan suruhan agama Islam. Dania pula memang tidak ada minat dalam bidang seni sebab dia sangat pemalu orangnya, ” kata Abby dalam satu kenyataan bersama media.

Marissa pada September tahun lalu didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Sumber:HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button