Hiburan

“Kos yg dikeluarkan bkn jmlah yg kecil” – Wawa Zainal berani labur jutaan ringgit untuk ‘Big Stage’, jadi artis pertama taja program nyanyian

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal sanggup mengeluarkan belanja jutaan ringgit sebagai penaja program Big Stage musim kelima (BS5) yang mula bersiaran pada malam Ahad.

Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, melabur dalam program hiburan sebegitu merupakan satu taruhan besar yang perlu dilakukan bagi menaikkan lagi jenama perniagaannya.

“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas.

Wawa sanggup keluar modal jadi penaja BS5.

“Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada kami,” katanya.

Tambah pengusaha jenama Wawa Cosmetics ini, dia dan suami iaitu pelakon Aeril Zafrel sudah banyak kali ditawarkan untuk menjadi penaja oleh beberapa stesen televisyen lain.

Namun ketika itu Wawa belum bersedia selain menganggap tawaran kali ini sebagai satu rezeki yang datang tepat pada waktunya.

Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas

WAWA ZAINAL

PELAKON/USAHAWAN

“Sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.

“Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju,” jelasnya.

Wawa juga menjadi artis pertama bertindak sebagai penaja program sebegini yang mana sebelumnya banyak dimonopoli oleh usahawan kosmetik.

Elly dan Rina bertindak sebagai pengacara BS5.

Dia juga berharap dengan kerjasama kali ini dapat memberi satu impak besar terhadap program berkenaan selain perniagaan miliknya.

“InsyaAllah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” ujarnya.

BS5 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam di kendalikan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose sebagai pengacara.

Antara peserta yang bertanding kali ini adalah Aufa Haniee, kumpulan COEX, Nadeera Zaini, Puteri Khareeza, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boy.

Tiga peserta dari luar negara pula adaah Waode (Indonesia), Farhan Shah (Singapura) dan Hoondoo (Korea Selatan).

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button