Hiburan

Mimie Haris Kahwin Kali Ketiga Kini Isteri Ahli Perniagaan, Dedah Sebab Terbuka Hati Berkahwin Lagi

MENGAKUI tidak pernah terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, penyanyi dan pengacara Mimie Haris akur dipertemukan jodoh dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md Dahilin, 38, pada Jumaat lalu.

Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 32, berkata, sebelum ini dia ada berkenalan dengan beberapa orang lelaki, namun Khairril dilihat berjaya mencuri hati keluarganya.

“Apabila saya bawa Khairril bertemu dengan keluarga, mereka sangat suka kepada Khairril dan saya mengambil keputusan untuk berkahwin ini pun atas pilihan keluarga.

“Kalau ikutkan dalam ramai-ramai lelaki yang saya berkawan, Khairril yang paling disayangi keluarga saya,” katanya kepada mStar.

Mimie bahagia disamping suami.

Dalam pada itu, Mimie mengakui sebelum ini dia pernah menutup pintu hati untuk menerima lelaki lain selepas gagal dalam dua perkahwinan.

Namun, ibu memintanya membuka ruang untuk mengenali orang lain kerana setiap individu itu berbeza sikap dan personaliti.

“Macam saya cakap saya belum bersedia sebelum ini tetapi siapa yang tidak mahu mempunyai pasangan kan? Cumanya saya tidak mahu tergesa-gesa.

“Sewaktu menunaikan umrah Mac lalu saya pun ada berdoa agar segala urusan dipermudahkan, baik jodoh mahu pun kerjaya. Mungkin dah tertulis jodoh saya,” ujarnya.

Mimie mengakui sebelum ini dia pernah menutup pintu hati untuk menerima lelaki.

Sementara itu, Mimie berkata dia tertarik dengan personaliti suaminya yang sangat menghormati orang tua.

“Bagi saya, cara lelaki melayan orang tua itu sangat penting kerana saya lembut hati melihat dia bukan sahaja baik dengan ibu dan ayah, malah dengan orang tua yang lain pun dia memberikan layanan serupa,” ujarnya.

Bercerita mengenai suaminya itu, Mimie berkata Khairril merupakan duda dan memiliki seorang anak.

“Suami saya merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun.

“Tidak dinafikan, saya jatuh cinta kepadanya apabila melihat cara dia melayan anak kecil. Alhamdulillah, anaknya juga dapat menerima kehadiran saya.

“Malah, hubungan saya bersama bekas isterinya juga baik,” tambahnya lagi.

Sedikit info Mimie

Norshamimi binti Ahmad Haris (lahir 3 Jun 1990) atau lebih dikenali sebagai Mimi Haris adalah seorang penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya setelah beliau menjadi salah satu peserta program realiti My Starz LG musim kedua terbitan TV3 pada tahun 2009.

Mimie menamatkan zaman gadisnya dengan mengahwini seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Mohammad pada Disember 2015. Mereka melangsungkan majlis perkahwinan selepas hanya tiga bulan bertunang.

Namun jodoh mereka tidak berkekalan apabila mereka disahkan telah bercerai talak satu pada 2017 setelah hampir lapan bulan mendirikan rumahtangga. Punca terjadinya penceraian tersebut adalah disebabkan tiada persefahaman diantara mereka.

Setelah hampir tiga tahun menjanda, pada Februari 2020 Mimie akhirnya menamatkan zaman jandanya dengan mengahwini seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin selepas hanya tiga bulan berkenalan.

Untuk rekod, Mimie pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak panjang.

Sumber: mStar

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button