Hiburan

“Macam Anak Dara” – Ini 5 Selebriti Yang Masih Kekal Awet Muda Yg Tidak Dimamah Usia!

BARU-BARU ini, tular sebuah video dalam TikTok yang memaparkan aktres jelita, Datin Seri Maria Farida menari bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida sambil memperagakan barang kemas seberat satu kilogram.

Bagaimanapun, bukan aksesori tersebut yang menjadi perhatian netizen, sebaliknya wajah Maria Farida, yang tidak dimamah usia meskipun umurnya dua tahun lebih tua berbanding Vida, 51.

 

Rata-rata peminat memuji kecantikannya, termasuk seorang jurusolek yang berkongsi pengalaman menata rias wajah aktres itu.

Menurut jurusolek berkenaan, tiada langsung kedutan di wajah Maria yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki.

Apa yang mengejutkan, Maria mendedahkan dia langsung tidak mempunyai rutin penjagaan kulit khas, sebaliknya hanya menjaga kesihatan diri sebaik mungkin.

Gala minggu ini menyenaraikan barisan selebriti tempatan lain yang masih kelihatan awet muda meskipun sudah mencecah setengah abad.

KUALA LUMPUR 24 Ogos 2020, Penyanyi, Ziana Zain . UTUSAN/Alif Fadli Mohd Sori

Ziana Zain

Penyanyi yang memiliki vokal tinggi, Ziana Zain boleh dikatakan antara selebriti yang tampak muda berbanding usianya.

Memiliki empat orang anak, Ziana sehingga kini masih aktif dalam bidang nyanyian. Selain wajah yang tidak banyak berubah, vokalnya juga kekal sama dan masih mampu mencapai nada tinggi dengan sempurna.

Pernah ditanya tentang rahsia menjaga kecantikan, Ziana mengakui dia mengamalkan petua-petua lama antaranya, tidak minum minuman berais, minum jus segar seperti timun dan epal hijau setiap pagi dan mengurangkan pengambilan nasi.

Amy Mastura

Seorang lagi selebriti yang kekal awet muda pelakon dan penyanyi Amy Mastura. Biarpun sudah melewati usia 51 tahun dan memiliki dua orang anak, wajahnya tidak pernah berubah.

Dedah bintang filem Puteri Impian itu, rahsia untuk kekal muda adalah sentiasa ceria dalam apa jua keadaan sekali pun.
Malah, Amy juga kekal bersikap menceriakan suasana dengan lawak secara spontan sehingga ke hari ini.

Rozita Che Wan

Pada usia 49 tahun dan memiliki tiga orang anak, termasuk si sulung yang mencecah usia 26 tahun, dramatis Rozita Che Wan atau Che Ta kelihatan muda berbanding usianya.

Selain gaya fesyen yang sentiasa ‘trendy’, Che Ta juga mengamalkan petua untuk kekal langsing dan tampak muda. Antaranya, makan nasi sebesar penumbuk dua kali sehari dan lebihkan sayur-sayuran.

Bukan itu sahaja, Che Ta juga rajin memanjakan diri di rumah dengan melakukan lulur dan rawatan wajah menggunakan bahan secara semula jadi seperti kuning telur.

Nasha Aziz

Pelakon dan supermodel terkenal Nasha Aziz antara selebriti yang sering mendapat perhatian. Masakan tidak, pada usia 51 tahun, Nasha masih laris sebagai pelakon dan kekal menjadi pilihan utama pereka fesyen di pentas peragaan.

Ramai yang menyangka kecantikan bintang filem Talbis Iblis itu bertahan kerana dia tidak pernah berkahwin, namun hakikatnya Nasha banyak berkorban demi mengekalkan ‘keremajaannya’.

Selain menjaga kesihatan diri, Nasha mempunyai banyak pantang larang antaranya, hanya akan minum kopi selepas pukul 1 tengah hari, makan bahagian dada ayam dan begitu jarang mengambil nasi.

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button