Hiburan

“Kenapa Perlu H1na… Kalau Ada Masalah Cakap Dengan Saya,” – Komen Buruk, Ibu Macam ‘Orang Gaji’? Ini Respon Anna Jobling

Tidak dinafikan populariti yang diterima pelakon Anna Jobling turut menyebabkan ahli keluarganya turut sama terkena tempias tersendiri.

Dalam komeb baik yang diterima, ada terselit reaksi ‘jahat’, misalnya melabelkan ibu Anna dengan pelbagai gelaran kurang manis seperti orang gaji.

Sekaligus, ia membuatkan aktres itu tidak senang dengan perkara tersebut.

“Kenapa perlu h1na mak orang sampai macam tu? Can you just respect my family?”

“For me, jangan ganggu keluarga saya. Kalau ada masalah, cakap dengan saya, jangan libatkan mereka sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun.

“Apa yang kamu akan rasa kalau ada seseorang yang kurang ajar dengan keluarga kamu pula?” katanya kepada MH.

 

Anna ditemui di pementasan teater Maduku Terpaling Kalut yang berlangsung di PJPac, Petaling Jaya, malam Khamis.

Merasa sedih bagi pihak ibunya yang dibuli siber, namun pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu bersyukur ibunya seorang yang kuat berdepan dengan perkara tersebut.

“Alhamdulillah, ibu saya seorang wanita yang kuat dan dia tak kisah pun.

“Dia hanya memberi sepenuh fokus pada saya. So you know what… buatlah apa yang kamu nak buat.

“Sedih tu memang sedih sebab ibu saya tak buat apa-apa.

“Mungkin sebab saya seorang public figure, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa sahaja tentang saya.

“Kenapa tak komen tentang kerjaya saya sahaja? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut… mereka akan sentiasa bercakap,” katanya lagi.

 

Berbaki tiga lagi persembahan, selain Anna, teater Maduku Terpaling Kalut turut dibintangi Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Curly Jow, Syafiq Naser dan Aya Amirudin.

Naskhah ini diterbitkan oleh Mask Team dan merupakan arahan Azhar Zainal.

Foto: Instagram Anna Jobling

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button