Hiburan

“Aku Tengah Baring Diorang Call, Aku Jawab La Macam Biaso” – Hattan Tak Tahu Temu Bual Rupanya ‘Live’?

Sebelum ini, penyanyi legend iaitu Dato Hattan telah menerima kecaman teruk bukan sahaja daripada orang ramai malah daripada kumpulan wartawan selepas tular rakaman live temu bual bersama penyampai berita, Nur Syazwani Saiful Sham.

Tampil mewakili Hattan, rakannya yang dikenali sebagai Salimey Abu Bakar menjelaskan bahawa penyanyi berusia 58 tahun itu tidak mengetahui bahawa temu bual tersebut disiarkan secara langsung di Astro Awani.

Menerusi hantaran di Facebook, Salimey berkata penyampai berita berkenaan dan penerbit berita tersebut yang sepatutnya memohon maaf kepada Hattan kerana perlu bertanggungjawab untuk menyediakan skrip dan menjemput panel yang lebih sesuai.

Menurutnya lagi, selepas menonton siaran langsung tersebut, dia terus menghubungi Dato Hattan untuk bertanyakan situasi sebenar.

Apa live.. tak tahu.. aku tengah baring diorang call tanya soalan, aku jawab la macam biaso.

Jelas Salimey, sesiapa pun yang berada di situasi ini sudah pasti akan menjawab panggilan seperti biasa.

Bukan itu sahaja, dia juga berkata tidak adil untuk meletakkan satu kesalahan kepada penyanyi lagu Pemburu Rindu itu sahaja, kerana beliau tidak minta di temubual dalam siaran berita tersebut.

Dalam pada itu, Salimey meminta penerbit siaran tersebut untuk tampil membuat penjelasan berkaitan apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button