Hiburan

“Saya tak pernah bertanya berapa dia nak bayar tetapi…” – Mak Jah bersyukur masih jadi pilihan penerbit, bayaran sentiasa memuaskan

Tidak seperti industri di Hollywood, makin berusia seseorang pelakon itu, makin mahal harganya, namun hal itu berlainan sekali dengan situasi di Malaysia.

Pernah satu ketika dahulu hangat diperkatakan mengenai isu bayaran harga pelakon veteran yang dibayar ‘cikai’, tidak setara dengan pengalaman mereka.

Salah seorang pelakon veteran yang sering menjadi pilihan penerbit, Mak Jah atau nama sebenar, Maimunah Ahmad, 74, berkata dia bersyukur sehingga kini tawaran kerja tidak putus-putus buat dirinya.

“Kalau soal bayaran tu, setakat ini bagi Mak Jah belum ada kurangnya.

“Syukur Alhamdulillah terutama kepada produser Haji Zil.

“Saya tak pernah bertanya berapa dia nak bayar saya tetapi duit saya tetap ada, (bayaran) tetap memuaskan,” katanya kepada MH.

Mak Jah ditemui pada majlis pratonton drama Jesnita yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Mak Jah merupakan pelakon yang terlibat dalam Jesnita, selain Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz dan Fikry Ibrahim.

Dalam pada itu, selaku orang lama yang lebih dahulu makan garam, Mak Jah turut berpesan kepada pelakon generasi baharu agar tidak terlalu mengejar populariti, sebaliknya melakukan pekerjaan mereka dengan seikhlas hati.

“Kepada pelakon-pelakon baharu, jangan kejar glamor… glamor akan datang bila kita buat yang terbaik.

“Buatlah (kerja) dengan jujur dan ikhlas,” katanya.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button