Kakak jumpa nota rancang mahu berkahwin, bapa dapat firasat tentang Nidza Afham selepas laung azan
BAPA penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Mokhtar Mahmud mendapat firasat akan bertemu may4t anaknya ketika melaungkan azan di sekitar jambatan Sungai Klang pada petang Rabu.
Perkara tersebut dikongsi oleh kakak sulung kepada Nidza iaitu Irfahanie yang juga turut berada di sekitar kawasan may4t adiknya ditemukan.
“Ayah cakap masa melaungkan azan, dia sudah ada firasat Nidza berada di situ. Tapi ketika itu masih belum ada kepastian,” katanya kepada mStar.
Kakak sebak kenang pemergian Nidza.
Irfa ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam, Selangor ketika jen4zah Allahyarham Nidza dibawa tujuan bedah siasat.
Berkongsi lanjut Irfa memberitahu may4t adiknya itu ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.
“Ada seorang lelaki beritahu dia sudah nampak may4t itu sekitar pukul 3 petang (Rabu) tetapi tidak timbul sepenuhnya.
“Kemudian sekitar pukul 5 petang barulah nampak may4t sepenuhnya dan dia melaporkan kepada pihak polis.
“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dan kembali ke lokasi bagi tujuan pengecaman may4t,” ujarnya.
Tambah Irfa may4t dipercayai sudah berada di kawasan berkenaan sejak lewat malam Selasa sebelum ditemui.
Arwah juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini.
IRFAHANIE
KAKAK SULUNG NIDZA
Irfa juga memberitahu dia dan keluarga masih tidak dapat pastikan punca kematlan adiknya itu.
“Kita menemui telefon bimbit dia. Kami periksa, tiada sebarang unsur jen4yah, hutang atau yang pelik-pelik.
“Arw4h juga banyak menghabiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini selepas melalui proses pembedahan akibat kecederaan pada lutut.
Kelibat terakhir arw4h dirakam CCTV.
“Dalam nota di telefon bimbit pun hanya ada perancangan berkahwin dan belanjawan tapi dia belum ada tarikh kahwin,” kongsinya.
Penemuan Nidza, 23, disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu may4t lelaki lelaki ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza.
Jenaz4h akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Shah Alam.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda