Isu Semasa

Wanita Cina Pertama Terima Anugerah Maulidur Rasul, Rupanya Ini Yang Dia Lakukan Selama 22 Tahun

Kuala Lumpur: Kemurnian wanita warga emas yang juga pesara guru tadika, Chee Hoi Lan, 83, atau dikenali Laoshi yang menjaga sejak kecil Rohana Abdullah beragama Islam membuatkan dirinya dipilih penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia.

Harian Metro sebelum dalam laporan bersiri menyiarkan kisah wanita Cina, Hoi Lan menunjukkan kemurnian hati dan kasih sayang yang tinggi selepas memelihara Rohana sejak berusia dua bulan lagi.

Kisah Rohana dan seorang wanita Cina, Chee Hoi Lan, 83, disiarkan secara eksklusif akhbar Harian Metro pada 14 Januari lalu dan mendapat reaksi pelbagai pihak kerana wanita warga emas itu sanggup menjaganya seperti anak sendiri sejak berusia dua bulan lagi, walaupun berbeza agama.

Sekitar 22 tahun yang lalu, gadis manis yang mesra dengan panggilan Rohana ini telah ditinggalkan oleh ibunya yang pulang ke kampung halaman di Indonesia. Pada ketika itu, Rohana baru berusia dua bulan dan telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh seorang wanita berbangsa Cina yang dikenali sebagai Chee Hoi Lan.

Chee merupakan seorang guru tadika manakala ibu kandung Rohana pula bekerja sebagai tukang cuci di tadika yang sama. Ibu Rohana telah berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan namun selepas kelahirannya, si bapa mula menghilangkan diri. Simpati dengan nasib Rohana, Chee mengambil keputusan untuk menjaga bayi itu seperti anaknya sendiri.

 

Meskipun berbeza agama, Chee memastikan anak angkatnya itu mendapat pendidikan Islam sebaik mungkin. Sumber : Harian Metro

Menurut Chee, 83 tahun, meskipun berbeza agama dan budaya, Chee tetap prihatin dengan segala keperluan Rohana termasuk menghantar Rohana untuk ke Kelas Asas Fardhu Ain (Kafa) dengan menggunakan wangnya sendiri. Rohana juga diberikan pendedahan mengenai agama Islam menerusi pendidikan di sekolah dan rakan seagama dengannya.

Bukan sahaja itu, Chee turut peka dengan isu makanan halal dan sentiasa memastikan Rohana meneruskan kehidupannya sebagai seorang Muslim.

“Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini”.

“Cuma sebelum saya m4t1, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim. Dia akan kekal begitu sampai bila-bila”.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut sempat menghubungi Rohana bagi mendapatkan kisah yang dialami oleh gadis itu dan memaklumkan akan membantunya mendapatkan kad pengenalan serta taraf kewarganegaraan. Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin serta-merta telah meminta beberapa pegawai untuk membuat siasatan bagi memastikan kesahihan maklumat sebelum mengumumkan sebarang keputusan.

Kasih anak kepada ibunya. Sumber : Harian Metro

Jelas Hamzah, “In shaa Allah, saya difahamkan bapa Rohana adalah warga Malaysia. Atas sebab itu, jika ada dokumen membuktikannya, ia mudah untuk kita berikan (taraf kewarganegaraan)“.

Kisah ini turut memberi kesan yang mendalam kepada warganet yang rata-ratanya mendoakan agar kedua-dua beranak ini diberikan kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Ramai yang memuji sikap dan nilai kemanusiaan yang tinggi pada Chee. Tidak lupa juga ada yang sehingga berjurai air mata mereka apabila menghayati perjalanan hidup mereka

Sementara itu, selebriti, Syazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dipilih antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.

Tokoh korporat, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan penerima Anugerah Perdana, manakala Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Prof Datuk Dr Azizan Baharudin menerima anugerah bagi Ikon Sains dan Peradaban.

Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman (Ikon Media Islam); Pengasas Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim (Ikon Korporat Islam) dan pakar kaunseling, Hushim Salleh (Ikon Kaunselor dan Motivasi).

Penganugerahan itu diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff ketika Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan.

Sumber: Harian Metro, EraBaru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button