Viral

“Tiga jam beratur, crepe tak dapat… ” – Kieda Crepe bikin orang marah lagi! Buat ‘tour’ di Shah Alam tapi tak mampu urus…

DEK penangan kuasa viral, jenama Kieda Crepe pernah beberapa kali diselubungi kontroversi sebelum ini.

Daripada isu membabitkan pengurusan pelanggan sehinggalah kepada sikap pemiliknya iaitu Siti Nur Khalida Yusra yang didakwa berlagak diva selepas menempa kejayaan dalam bisnes.

Boleh dikatakan ada saja perkara yang menjadi buah mulut warga maya.

Terbaharu, hangat di media sosial mengenai jelajah (tour) Kieda Crepe di Stadium Shah Alam, yang mencetuskan kekecohan gara-gara ramai pelanggan tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan pelanggan oleh staf kedai pencuci mulut popular berkenaan.

Menerusi video yang tular di laman sosial pada Sabtu, kedengaran ada antara pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem pengurusan yang kurang sistematik sehingga mereka terpaksa beratur lama.

Pelanggan dikatakan menunggu sehingga 3 jam malah ada yang pulang dengan tangan kosong.

“Pakai nombor… satu sampai sepuluh, masuk,” kedengaran suara seorang pelanggan.

Kelihatan juga Siti Nur Khalida atau lebih dikenali dengan Kieda bersama suaminya cuba memberi penjelasan kepada pelanggan tersebut dan mengawal situasi.

Difahamkan, pelanggan datang seawal pukul 7 pagi dan beratur di lokasi meskipun penganjur masih belum membuka booth jualan.

Daripada perkongsian video yang lain, kelihatan pelanggan beratur panjang sejauh kira-kira satu kilometer dengan ada di antara mereka membawa payung dan kerusi lipat.

Namun dek kerana sambutan yang tidak dijangka itu, kebanyakan pelanggan pulang dengan tangan kosong meskipun beratur lebih daripada tiga jam.

Ramai yang potong barisan dekat depan. Datang lambat terus pergi depan. Kesian orang belakang dah beratur lama.

NETIZEN

“Tiga jam beratur, crepe tak dapat… sunburn yang dapat. Thank you,” tulis seorang individu pada perkongsian videonya.

Justeru, Kieda menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu malam tampil membuat permohonan maaf di atas kekurangan daripada pihaknya.

“Saya dah cuba buat yang terbaik… maafkan kami satu team Kieda andai tak dapat penuhi kehendak semua orang. Kieda sedih sangat.

“Lebih lima ribu orang datang, pengurusan stadium cakap. Ada yang bermaki-makian sesama sendiri. Ada yang tak sabar ajak laki saya bertumbuk sebab tak boleh penuhkan kehendak dia.

“Ada yang tampar tangan staf lelaki saya sebab dia kata staf saya jaga line tak betul. Mana mungkin kami boleh handle manusia seramai tu. Kami pun tak tahu crowd macam ni akan kami terima.

“Dan ada yang maki saya serupa tak ada hari esok. Tapi…. saya bersyukur, Allah bagi saya jadi manusia sabar hari ini.

“Saya minta maaf warga Shah Alam. Terima kasih support Kieda dan team,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Antara komen pelanggan selepas isu berkenaan tular.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-ratanya meminta usahawan wanita itu bersama pasukannya memperbaiki kekurangan terutamanya membabitkan sistem pengurusan pelanggan pada masa akan datang.

“Patutnya Kieda kena buat sistem nombor. Anggarkan produk untuk berapa customer. Apabila customer datang, bagi nombor untuk beratur.

“Ramai yang potong barisan dekat depan. Datang lambat terus pergi depan. Kesian orang belakang dah beratur lama.

“Patut kena standby buka banyak meja jadi cepat sikit kot.

“Rasa Kieda kena buat cawangan yang lain la. Tiga jam pun orang boleh beratur,” demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button