“Jangan cari isteri saya…” – Suami minta Noh jangan cari Mizz Nina isu anak angkat, boleh komunikasi dengannya di IG
SUAMI kepada penyanyi dan aktiviti Mizz Nina meminta Noh Salleh untuk berhubung secara langsung dengannya di Instagram sekiranya mempunyai sebarang urusan.
Essam Muhammad, 31, meminta Noh tidak mencari isterinya untuk sebarang komunikasi berhubung anak angkat mereka.
“Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina.
“Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih publik,” katanya kepada pemberita.
Essam sedia berdepan dengan Noh untuk menguruskan anak angkat isterinya.
Essam menjelaskan perkara itu selepas menghadiri prosiding sulh berkaitan hak penjagaan anak angkat mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Isnin.
Dalam pada itu, Essam menjelaskan nama sebenar anak angkatnya bukan Musa Mohammad Noh bin Abdullah seperti didedahkan penyanyi berkenaan sebelum ini.
Essam berkata, maklumat yang didedahkan Noh itu adalah palsu dan tidak benar.
“Saya di sini ingin menegaskan nama penuh Musa yang kononnya disebut di internet tempoh hari adalah tidak benar.
“Dia (Noh) telah memberi informasi yang salah kepada semua.
“Namun begitu, saya enggan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum,” ujarnya.
Sementara itu, Essam menegaskan Nina atau Shazrina Azman, 44, mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah terhadap Musa.
Tegasnya lagi, tiada anak patut menjadi mangsa dalam konflik sebegini dan ia tidak sepatutnya berulang.
Isteri saya mempunyai dokumen sah untuk menjaga Musa.
ESSAM MUHAMMAD
SUAMI MIZZ NINA
“Isteri saya mempunyai dokumen sah untuk menjaga Musa. Tiada seorang anak pun patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan ibu bapanya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, peguam syarie mewakili Nina iaitu Fakhrul Azman Abdu Hassan berkata, anak guamnya memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.
Fakhrul berkata, tiada proses sulh yang berlaku pagi Isnin dan penarikan balik itu akan disahkan dihadapan hakim pada Selasa.
“Esok kes itu akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik. Itulah perjalanan kes kami hari ini.
“Jadi tiada sulh sebentar tadi sebab kami sudah memfailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak plaintif (Mizz Nina) tidak ingin meneruskan tindakan,” katanya.
Sejak beberapa minggu lalu banyak pendedahan yang dibuat Noh berkenaan anaknya Musa.
Tambahnya lagi, pada 20 Februari 2023 lalu, Noh sudah bersetuju untuk memberikan hak jagaan sepenuhnya kepada Mizz Nina.
“Tapi kita tak tahu kenapa pada Disember lalu dia pergi ambil anak tersebut. Bila kita sudah dapat anak selepas ex-parte (sebelah pihak) dikeluarkan, proses pengangkatan itu sudah dilaksanakan.
“Dan semalam sudah disahkan bahawa penjagaan anak tersebut iaitu Musa diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina,” katanya.
Sebelum itu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.
Jelas Nina, ia memberikan kesan emosi kerana tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.
Kejadian tersebut berlaku pada 19 Disember tahun lalu ketika dia dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.
Sumber:mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.