Hiburan

“Rasa Nak Bagi Dunia, Tak Nak Sakltkan Hati Dia,” – Selamat Bersalln Anak Ke-5, Fazren Rafi Seb4k Lihat ‘Perjuangan’ Isteri

Pelakon, Fazren Rafi menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isteri telah selamat malahirkan cahaya mata kelima malam tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fazren menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menurutnya, hatinya juga turut sebab saat melihat pengorbanan isterinya sewaktu melahirkan bayi mereka.

“Alhamdulillah, selamat melahirkan baby girl 2.8kg pukul 12.01 malam tadi. Malam tadi bila tengok perjuangan, pergelutan dan pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat, terasa keinsafan dalam diri.

“Rasa nak bagi dunia dekat dia. Tak nak lukakan hati dia dan tak nak dia kecewa dengan ikap kita tapi itulah kita ni iman senipis kulit bawang kejap je keinsafan tu.
Dah lama sikit lupa la,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon drama Spa Q ini turut memaklumkan dirinya akan terus berusaha sebaik mungkin demi membahagiakan isteri serta keluarganya.

“Apa-apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga. Jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar (kita nie bukan kuat sangat😜).

“Yang paling penting Faz akan senantiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteriku. Terima kasih kerana menyayangi saya selama ini. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” kongsinya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fazren dan isteri.

Sekadar informasi, Fazren dan isterinya, Syarifah Marlina Ashikin telah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata Mohd Rizqin Quwais, Rizqeen Humaira, dan Mohd Rizqin Haqq.

Pasangan ini juga turut mempunyai seorang anak angkat yang kini berusia 10 tahun.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button