Fuad Rahman Cerita Ibu Melawat Pakai Tongkat Jadi Asbab Berubah; “Saya Dekat ‘Dalam’, Takut Mak Apa-Apa Jadi Dekat Luar.”

DETIK melihat ibu tersayang datang melawat ketika berada dalam tahanan penj4ra membuatkan peserta program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) Fuad Rahman insaf dan nekad meninggalkan dunia gelap yang dilalui sebelum ini.
Fuad atay Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, kekuatan ibunya yang berusia 81 tahun ketika itu datang dengan berjalan menggunakan tongkat telah menjentik hatinya untuk berubah kerana sedar masanya semakin suntuk untuk bersama insan kesayangannya itu.
“Ibu saya datang melawat dengan bertongkat kerana keadaannya yang sudah tidak berapa kuat berjalan. Apabila saya tatap wajah ibu ketika itu, terus buat saya tersedar. Ketika itulah saya kata, inilah masanya, full stop!
Fuad kini menjalani kehidupan lebih baik.
“Saya berada dekat ‘dalam’ (penj4ra), takut apa-apa terjadi kepada ibu di luar. Ada juga kawan-kawan tidak sempat melihat ibu bapa yang men1nggal dun1a disebabkan masih dipenj4ra,” katanya.
Fuad sebelum ini pernah dijatuhkan hukvman penjara akibat penyal4hgunaan d4dah sebanyak tiga kali dan mula terjebak dengan bahan terl4rang tersebut sejak berusia 18 tahun.
Menceritakan detik berada di sebalik tirai besi, Fuad berkata, ia telah mendorongnya untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ketika itu juga kata penyanyi berasal dari Singapura itu, dia mula menjaga solat selain tekun mendalami ilmu agama menerusi kelas yang diadakan di dalam penj4ra.
Bila melihat wajah ibu ketika itu terus buat saya tersedar. Ketika itulah saya kata ‘this is the time, full stop’!
FUAD RAHMAN
PENYANYI
“Mereka yang berada dalam penj4ra tidak semuanya berfikiran negatif dan enggan berubah. Ada yang rajin belajar agama sebab kami ada kelas ilmu ketika menjalani hukvman.
“Saya banyak bergaul dengan mereka dalam kelas agama dan cenderung untuk berubah. Alhamdulillah selepas kali ketiga dalam penj4ra saya bertemu dengan kawan-kawan yang mahu berubah.
“Saya sentiasa menjaga solat. Walau apa pun masalah yang datang, saya akan ingat Allah. Itu yang membuatkan saya lupa benda-benda lama,” ujarnya.
Persembahan Fuad minggu keempat di GV9 menyentuh emosi ramai.
Pada persembahan minggu keempat yang bertemakan kerohanian dan kemanusian, Fuad dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menyampaikan lagu berjudul Layang-Layang Terputus Talinya.
Disebabkan emosi dalam diri ketika berada di atas pentas, dia juga dilihat sedikit ‘goyang’ saat awal memulakan persembahan.
Walaupun menunjukkan prestasi baik sepanjang bersaing di pentas GV9, Fuad terpaksa berpuas hati di kedudukan kelapan pada malam Ahad dengan jumlah markah juri 65 peratus.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.