“Dipping Sauce Kita Bukan Cap Ayam & Murahan” – Harga Biskut Dikrltik Mahal, Shuhada Bersuara

Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial netizen pertikaikan harga biskut jualan Nurul Shuhada iaitu Satu Tak Cukup Shelup Shelup terlalu mahal untuk dibeli.
Malah, netizen berkata mereka hanya mampu tolong dari segi sedekahkan doa saja buat ibu anak dua itu kerana harga terlalu T20.
Barangkali sedar mendapat komen-komen yang tidak enak, Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu tampil perjelaskan sebab harga biskutnya bernilai RM179.
Harga memang bukan untuk makan sorang. Kuantiti dalam pun boleh share satu keluarga.
Menurutnya, di dalam satu kotak biskut dijual itu mempunyai enam jenis biskut yang berbeza, tiga dipping sauce, dua crumbs untuk dicelup supaya tambahkan kerangupan bila makan.
Kata Shu lagi, barang-barang yang digunakan semuanya premium dan bukannya bahan-bahan yang murah seperti didakwa warganet.
Terdahulu, Shuhada kini dia sudah bangkit dengan penuh semangat melakukan perniagaan kecil iaitu menjual biskut berjenama Satu Tak Cukup Shelup Shelup untuk kelangsungan hidup bersama anak-anak.
Ramai yang mahu membantu wanita tersebut dan seorang pengguna berkongsi satu hantaran video melihatkan Shuhada sedang promosikan biskut jualannya itu di live TikTok.
Bagaimanapun, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut terutamanya golongan B40 sewaktu mengetahui harga biskut tersebut adalah RM179 dan tidak termasuk servis penghantaran, RM15.
Disebabkan itu, para netizen berkata diri mereka hanya boleh sedekahkan doa sahaja buat ibu anak dua itu sebagai tanda sokongan kerana tidak mampu untuk membeli biskut jualannya.
Biarpun ramai pertikaikan harga biskut jualan Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu itu, ada juga segelintir netizen memberi cadangan agar biskut itu dijual secara mini dan boleh diletak dengan harga yang lebih mampu milik untuk semua orang.
Sumber: Beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.