Viral

Persenda tr4gedi MH37O, pelawak Singapura dakwa Malaysia tiada internet

Seorang pelawak kelahiran Singapura didakwa menghina Malaysia dalam satu lawak jenaka yang dipersembahkan dalam sebuah program di negara terbabit pada Selasa.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Jocelyn Chia dilihat membuat sketsa komedi berupa penghinaan terhadap negara Malaysia apabila dia beberapa kali cuba membangkitkan isu.

Dalam satu video berdurasi 1 minit 29 saat, pelawak solo berkenaan menyentuh mengenai sejarah Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan suatu ketika dahulu dan kini berkembang lebih maju berbanding Malaysia.

“Apabila Perdana Menteri Singapura mengumumkan Malaysia ‘buang’ Singapura pada ketika itu, dia (Perdana Menteri) menangis dan ingat Singapura tidak mampu bertahan tanpa Malaysia.

“Tetapi 40 tahun kemudian, kami (Singapura) jadi sebuah negara pertama di dunia. Dan, kamu (Malaysia) sekarang dah jadi apa?
“Masih menjadi sebuah negara membangun? Aww.. booo..f**k you Malaysia,”ujarnya sambil melakonkan semula ‘gaya’ orang Malaysia puji kemajuan Singapura.

Bukan itu sahaja, Jocelyn turut memetik beberapa isu hangat berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang berlaku pada 2014 dan mengatakan tidak risau mendapat reaksi negatif memandangkan orang Malaysia tiada kemudahan internet.

“Kenapa awak tak melawat kami di Singapura selama 40 tahun? Dan awak tahu (Malaysian), kapal terbang kami (MH370) tidak boleh terbang, hilang..


“Saya dapat bad review dari Malaysia? Hahaha, tidak mengapa. Mereka (Malaysian) tiada internet,”selorohnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati dan mengatakan ia bukanlah satu lawak jenaka terbaik apabila menyentuh isu sensitiviti sesebuah negara.

Malah, ia juga merupakan satu penghinaan terhadap Malaysia dan berharap agar pihak polis segera menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Sumber: TikTok @jocelynchiacomedy

Sumber:padumedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button