Hiburan

Bella Cari Nak Manja-Manja, Anak Mummy Yang Kuat – Mas Idayu

Kemelut rumah tangga yang dialami penyanyi dan pelakon, Bella Astillah telah mendapat perhatian ramai.

Rata-rata rakan artis serta warganet juga meluahkan rasa simpati terhadap Bella selain tidak putus memberikan kata semangat untuknya.

Ramai sebak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Mas Idayu memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memeluk erat Bella.

Menurut Mas Idayu, selebriti kecil molek itu mencarinya dan ingin bermanja.

Dia cari-cari mummy, nak peluk, nak manja-manja.

Anak mummy yang kuat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen mereka selain memuji sikap penyayang yang ditonjolkan pelantun lagu Cintaku 100% itu terhadap Bella.

Mummy garang tapi hati mummy baik.

Terima kasih mummy. Semoga mummy dan Bella sentiasa dalam rahmat Allah. Amin.

Peluk Bella untuk kami sekali, semoga Bella kuat.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominum mewah di ibu kota adalah abang iparnya, Aliff Aziz. Manakala Ruhainies didakwa telah bersekedudukan bersama aktor tersebut.

Bella kemudian hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suaminya.

Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes kedua pasangan itu selepas aktor tersebut tidak hadir ke mahkamah atas alasan terlibat dengan penggambaran.

Video:

@masidayu1001

Dia cari2 mmy ya…. nak peluk, nak manja2… anak mmy yg kuat @Bella Astillah #fyp#fyppppppppppppppppppppppp #adanampakmummyhappy 💪💪

♬ Buah Hati – Armada

Sumber : Tiktok Mas Idayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button