Viral

“Dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat” – Abang lori ‘lawak kasar’, gadis cem4s nak sentuh kad Touch ‘n Go tak lepas-lepas

SETIAP hari, pasti ramai yang telah memulakan hari dengan baik tetapi ‘mood’ terganggu gara-gara berlaku masalah di plaza tol.

Melihat baki kad Touch ‘n Go (TnG) tidak mencukupi atau SmartTag tidak dapat dikesan pengimbas ketika hendak membayar tol ibarat ‘mimpi negeri’ kepada semua pengguna lebuh raya.

Bagaimanapun, lain pula cerita wanita bernama Puteri ini apabila faktor ketinggian menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk menyentuh kad Touch ‘n Go pada peranti pengimbas.

Menerusi satu video tular di laman TikTok, Putri menceritakan semula kejadian yang tidak dapat dilupakannya itu yang berlaku di Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

“Waktu nak masuk tol, aku tersilap parking kereta jauh sikit dari tempat scan tu. Ketinggian aku pun tak berapa nak tinggi dengan 158 sentimeter (cm) ni, tangan pun sama pendek.

“Bila nak touch kad tak sampai,” ujar Putri mengimbau pertistiwa itu yang dianggap melucukan.

Pasrah dengan situasi yang dihadapinya, Putri menukar gear kepada neutral (N), menarik brek tangan, membuka tali pinggang keledar bagi memudahkan pergerakan dan membuat cubaan kali kedua untuk menyentuh kad Touch ‘n Go.

Scan lagi sekali pun tak boleh juga eh. Aku buka pintu, berjaya scan tapi tak cukup baki pula,” katanya sambil gelak besar kerana keadaannya pada waktu itu seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Putri bagaimanapun sedikit lega kerana ada seorang kakitangan lebuh raya yang sedang bertugas di dalam plaza tol berkenaan.

Putri menambah nilai RM20 ke dalam kad Touch ‘n Go miliknya dan berharap ia akan menjadi pengakhiran kepada masalah yang sedang menimpanya di plaza tol tersebut.

Dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat, kan dah tak sampai.

Pemandu lori

Namun, jangkaannya ternyata meleset.

“Aku ingat tu orang dah tolong scankan untuk aku. Aku pelik kenapa merah lagi, kenapa palang tak naik lagi.

“Rupanya orang itu belum scan, jadi aku pun buka pintu dan pergi scan,” kata Putri yang hanya pasrah dengan nasib menimpanya..

Belum sempat Putri menarik nafas lega, kedengaran seorang pemandu lori di belakangnya membuat ‘jenaka kasar’.

Alat untuk membantu pengguna menyentuh kad Touch ‘n Go di plaza tol.

“Belakang aku ada lori warna putih, plat M (Melaka), aku ingat abang tu, dia laungkan aku dan aku dengar dengan jelas.

Dah tahu tangan tu pendek, beli penangkap lalat, kan dah tak sampai,” ujar Putri menyebut semula ayat yang dilontarkan lelaki tersebut.

Putri agak terkesima mendengar kenyataan itu tetapi menerimanya dengan hati terbuka tanpa menyimpan sebarang perasaan amarah.

“Kau kurang ajar ehh,” kata Putri sambil gelak sinis.

Antara komen warga maya.

Warga maya yang membanjiri ruangan komen juga turut terhibur dengan kejadian itu.

“Jangan cakap abang tu, aku pun sama juga jerit… sidai sebab dia je.

“Tak tahu nak gelak ke apa sebab saya pun selalu tak sampai.

“Kau bayangkan, dia ni 158cm, macam mana la aku yang 150cm je ni. Menangis mat bila nak Touch ‘n Go.

“Selain buka pintu, kaki kena keluar sebelah baru sampai,” kata sebahagian warga maya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button