Viral

[Vide0] Ada Meja Kosong Tetap Nak Lipat Baju Depan Mesin Pengering! Tindakan Wanita IniDi Kedai Dobi Undang Kec4man Netlzen

KEDAI dobi layan diri semakin menjadi pilihan masyarakat meskipun sesetengah mereka mempunyai mesin basuh di rumah.

Selain mampu menjimatkan, kedai dobi seumpama itu turut menyediakan kemudahan mesin pengerin dan ruangan untuk melipat kain.

Namun apa yang tidak enak dilihat apabila terdapat pengguna yang tidak bertanggungjawab, menjadikan kemudahan itu seperti miliknya sendiri.

Menerusi satu video yang tular, aksi seorang wanita sedang melipat kain di hadapan mesin pengering (dryer) pakaian dirakamkan oleh seorang pengguna.

Walaupun terdapat meja dan ruangan untuk melipat baju, namun wanita itu melakukannya secara terus dari mesin pengering untuk cucian 20 kilogram (kg) ke bawah itu, dan memasukannya ke dalam plastik hitam besar dalam bakul, satu persatu.

Tindakannya itu kemudian ditegur seorang pengguna dipercayai merakamkan video berkenaan.

Walaupun diarahkan supaya segera mengalih pakaian yang selesai dicuci kerana mahu menggunakan mesin pengering di bahagian bawah, wanita itu enggan berbuat demikian.

Jelas pemilik video, dia tidak dapat memasukkan pakaiannya yang banyak itu ke dalam mesin yang berada lebih tinggi seperti kedudukan kebiasannya mesin di kedai dobi.

“Sekarang ni apa masalah awak? Angkat kain awak. Mana ada orang lipat kain dekat depan-depan mesin (pengering).

“Terang-terang bakul saya banyak baju. Mesin atas tu susah (untuk dicapai),” katanya.

Dalam pada itu, wanita ini sempat mempersoalkan kepada pemilik video yang tidak mahu menggunakan mesin pengering lain.

Dia kemudian membalasnya dengan menyatakan bahawa mesin yang telah digunakan wanita itu lebih besar dan bersesuain untuk jumlah pakaiannya yang banyak.

Masih tidak berganjak, wanita berkenaan tetap berkeras menyambung melipat pakaiannya tanpa rasa bersalah.

Dekat mana-mana pun sama. Sudah habis masa membasuh atau mengering pun dah setengah jam lepas tu baru datang ambil kain dalam mesin.

NETIZEN

“Saya nak guna mesin besar sebab tu saya datang sini.

“Awak nak lipat kain, pergilah (guna) meja besar-besar ni. Meja kosong ni nak buat apa?” soalnya kepada wanita tersebut.

Perkongsian video yang kini tular turut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya menyifakan wanita ‘bertudung kelabu’ itu hanya mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu bertolak ansur berkongsi kemudahan itu dengan pengguna lain.

Wanita itu dianggap mementingkan diri sendiri. -Gambar hiasan

“Pentingkan diri betul. Meja kan ada. Kita mudahkan urusan orang, Allah permudahkan kerja kita. Janganlah susahkan orang.

“Hari ni dia buat orang. Esok lusa siapa tahu nasib dia. Ingat ya kakak. Doa orang yang disakiti orang lain ni Allah dengar. Sebab tu dalam al-Quran pun Allah berpesan berbuat baik pada semua orang. Tak kisah agama pun.

“Dekat mana-mana pun sama. Sudah habis masa membasuh atau mengering pun dah setengah jam lepas tu baru datang ambil kain dalam mesin. Sangat selfish perangai macam ni,” komen netizen.

Dalam pada itu, netizen turut menitipkan pesanan kepada pengusaha kedai dobi layan diri supaya meletakkan atau menampal notis peringatan kepada pengguna pada masa akan datang.

Antara komen netizen.

“Pemilik laundry dah boleh jadikan video ni sebagai peringatan kepada pengguna. Buat note ‘Jangan lipat kain depan mesin, lipat dekat meja yang sudah disediakan’,” jelasnya.

Semakan mStar mendapati pemilik asal video telah memadam hantarannya di TikTok, namun ia menjadi tular menerusi pelbagai plaform media sosial.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button