Viral

Galas beg di depan, belakang badan sambil naik motor… ramai kagum pelajar daftar masuk UM seorang diri

DEMI merealisasikan impian dan cita-cita, seorang pemuda sanggup menunggang motosikal untuk mendaftarkan diri sebagai mahasiswa di sebuah universiti.

Kisahnya yang bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian tular di laman sosial setelah dikongsikan di halaman Facebook Universiti Malaya pada Ahad.

Berdasarkan penceritaan di laman Facebook itu, pelajar berkenaan, Lau Lai Kiat memberitahu dia bersendirian sahaja menunggang motosikal miliknya dari Putrajaya ke Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

“Ya, saya datang mendaftar hari ini berseorangan dengan menaiki motosikal dari Putrajaya,” kata Lai Kiat.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, dapat dilihat Lai Kiat turut mengangkut beg pakaian yang digalas di bahagian depan dan belakang badan berserta barangan lain menggunakan motosikalnya.

Lai Kiat menunggang motosikal dari Putrajaya ke Kuala Lumpur untuk mendaftar sebagai pelajar UM.

Katanya, selepas menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah menengah (Sijil Pelajaran Malaysia), dia meneruskan pengajian peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Mengenai kenderaan yang digunakan ketika mendaftar, katanya, dia meletakkan motosikal tersebut di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan digunakan setiap kali ‘turun’ ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, untuk hari pendaftaran sebagai pelajar di UM, pemuda ini memilih untuk menumpang bermalam di rumah rakannya di Putrajaya terlebih dahulu setelah mengambil motosikal di TBS.

Ujar anak bongsu dari tiga orang adik-beradik, dia berhasrat untuk mengubah nasib keluarga dengan membalas jasa mereka apabila sudah menamatkan pengajian di menara gading.

Malah, dia merupakan anak pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat universiti dalam kalangan ahli keluarganya.

“Saya bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian nanti.

“Ayah saya yang hanya bekerja sebagai buruh telah bertungkus lumus membesarkan kami adik-beradik, dan sudah tiba masanya saya cuba membalas jasanya,” kata mahasiswa jurusan Pengurusan Sukan ini lagi dalam satu temubual dengan pihak universiti.

Dalam pada itu, lelaki ini turut memberitahu dia memilih Institut Pengajian Awam (IPTA) itu kerana percaya dengan kualiti pendidikannya sebagai universiti terbaik negara.

Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas.

LAU LAI KIAT

Selain itu, dia juga yakin akan menimba pengalaman kehidupan kampus yang menarik dan menyeronokkan setelah ditanya mengenai institusi pengajian pilihannya itu.

“Lagipun UM di dalam KL, senanglah nak ‘enjoy’ dengan kawan-kawan.

“Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas,” kata bekas pelajar SMK Seri Tangkak, Johor ini sambil tersenyum penuh makna.

Hantaran asal yang tular itu telah dikongsikan semula lebih 600 kali dan menerima lebih 7,700 tanda suka.

Rata-rata netizen turut mengagumi tindakan pemuda ini yang berdikari apabila mendaftarkan diri sebagai pelajar mahasiswa tanpa ditemani ahli keluarga.

Komen beberapa netizen di Facebook.

“Hebat engkau dik (adik) menangis aku tengok.

“Semoga mencapai kejayaan adik.

“Bagus adik teruskan untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Jangan jadi perompak dan perasuah sudah bila berkuasa,” komen beberapa netizen.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button