Hiburan

Puteri Sarah ‘Warning’ Bekas Menantu Kazar Masih Jaja Cerita? – “Kau Patut Bersyukur Tetapi…”

PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa bengang apabila individu dipercayai ahli keluarga bekas madunya iaitu Ira Kazar yang ‘menjentik’ dirinya di media sosial.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia berasa pelik dengan tindakan wanita berkenaan yang masih menjaja cerita meskipun sudah menarik balik saman terhadap mereka sebelum ini.

Enggan lagi memberi muka, bekas isteri pengarah Syamsul Yusof itu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

“Saya sudah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja ceita tak tahu nak publisiti ke apa.

Puteri Sarah berang apabila ahli keluarga bekas madunya masih mencari fasal dengannya.

“Sekarang saya tiada lagi belas kasihan… Jumpa anda di mahkamah terus,” katanya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Jumaat.

Menerusi perkongsian tangkap layar, wanita berkenaan mendakwa menerima surat injuksi sebelum ini sedangkan dia tidak pernah memuat naik apa-apa berkaitan individu dipercayai ditujukan kepada Puteri Sarah.

Katanya, dia sekadar bercerita tentang pelakon Kazar Saisi dan hanya mengajak netizen untuk membuat kebaikan.

“Aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena sebab sana (Puteri Sarah) bagi surat injunksi dekat aku.

“Injunksi itu maksudnya tidak boleh bersuara. Tak boleh post apa-apa fasal dia… sedangkan Instastory aku lebih kepada cakap fasal ayah dan ajak netizen buat baik.

“Mula dah meluat masa ni. Awak sejenis tak boleh orang lain baik ke? Awak sahaja yang boleh buat baik dan orang lain jahat, tak betul,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya memberitahu dia dan Syamsul kini sudah bahagia dengan hidup masing-masing dan bakal mengambil tindakan untuk membuat laporan kepada majikan wanita itu yang merupakan seorang ejen insurans.

Puteri Sarah tidak akan berdiam diri dan akan membawa kes itu ke mahkamah.

“Sejenis manusia bila dah elok-elok semua dah settle, dah tarik saman masih nak menyalak. Saya dan Syamsul dah elok dah dan kami bahagia dengan kehidupan masing-masing.

“Kau entah dari mana cakap buruk tentang saya dan meroyan dekat close friend kau?

“Saya akan membuat laporan kepada bos di AIA Malaysia. Awak patut malu dengan diri sendiri… attention seeker!,” ujarnya.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira atas dakwaan menganggu rumah tangganya.

Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Selain itu, dua ahli keluarga Ira yang turut disaman ialah kakaknya Yasmin dan bapanya Kazar.

Pada 4 Julai tahun sama, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa mempunyai kaitan dengan Ira menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarga serta keluarga mentuanya termasuk suami Syamsul.

Bagaimanapun, Julai lalu, peguam bela Puteri Sarah iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff mengesahkan kes saman aktres berkenaan terhadap bekas madunya itu diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Menurut Puteri Ummi, dalam sebutan kes yang dilakukan secara atas talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norakhmar Mohd Sani, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan secara damai.

Sumber: mStar, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button