Artis

“Disebabkan penyakit saya hidapi ini…” – Ako Mustapha kurang tawaran lakonan, lebih banyak ‘offer’ jadi duta produk

LAMA tidak muncul dalam mana-mana drama televisyen, pelakon Ako Mustapha rezekinya kini lebih terarah menjadi duta produk kesihatan.

Menurut Ako atau Muhaizad Ahmad Mustafa, 52, penyakit diabetes dihidapinya menyebabkan banyak pihak menawarkan peluang mencuba pelbagai produk makanan kesihatan dihasilkan mereka.

“Disebabkan penyakit saya hidapi ini, ia telah buka lebih banyak pintu rezeki buat saya.

Ako mengakui berat badannya telah bertambah dan penampilannya kelihatan lebih sihat.

“Banyak pihak cuba mendapatkan saya untuk uji produk mereka dari segi kandungan gula sama ada selamat untuk penghidap diabetes atau tidak,” katanya kepada mStar.

Ako menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran Gema Raya Aidilfitri pada pagi Khamis di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur(PWTC).

Dalam pada itu, Ako menafikan dakwaan masalah kesihatan dihadapi penyebab dia kurang mendapat tawaran lakonan.

Ako yang menghidap penyakit itu sejak tujuh tahun lalu berkata produksi masih menawarkan tawaran berlakon kepadanya namun ketika ini lebih memfokuskan kepada komitmen dengan promosi produk.

“Tawaran berlakon masih ada tapi saya lebih fokus kepada komitmen saya dengan produk-produk yang saya sudah jalin kerjasama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ako meluahkan rasa teruja kerana diberi peluang terlibat sebagai vendor Gema Raya Aidilfitri oleh Nadi Republik Event untuk Ramadan tahun ini.

Ako pernah dikejarkan ke hospital sebelum ini.

Ako memberitahu dia akan mengeluarkan satu produk minuman terbaharu dan koleksi sampin eksklusif kepada peminat dan pengunjung yang hadir ke ekspo tersebut.

Selain Ako, selebriti lain turut terlibat mempromosikan produk mereka termasuk Azan Scan, Norish Karman, Beego, Winie dan lain-lain.

Gema Raya Aidilfitri disertai lebih 200 vendor akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti bermula dari 5 hingga 7 April depan di PWTC, Kuala Lumpur.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button