Viral

(VlDE0) Adik punya angkara, kakak hampir murvng baju kahwin disamakan dengan Ultraman… “Mujur dia tegur lepas majlis!”

BUSANA raja sehari sudah pasti menjadi tumpuan dalam setiap majlis perkahwinan.

Bagi pengantin perempuan inilah masanya untuk mereka melaram secantik yang boleh.

Bagaimanapun berbeza pula kisahnya dengan wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Eyra apabila tema baju perkahwinannya disamakan dengan watak dalam siri adiwira popular Jepun, Ultraman.

Ketika dihubungi mStar, Eyra menceritakan kisah di sebalik warna merah dan kelabu yang dipilih sempena majlis perkahwinannya, 10 tahun lalu.

 

“Masa berbincang dengan famili memang semua setuju nak tema warna merah.

“Zaman dulu warna merah tu memang biasa sangat pengantin pilih contohnya warna tema merah dan hitam.

“Tapi disebabkan kulit suami saya agak gelap jadi kami bersetuju pilih warna silver (kelabu). Tapi saya tetap kenakan warna merah sebagai highlight sebab keluarga dah setuju warna tu,” ujarnya kepada mStar.

Kata Eyra, persamaan dengan Ultraman itu muncul selepas melihat semula album perkahwinan yang diberikan jurugambar.

Ujar Eyra, pada ketika itu adiknya menegur bahawa busana dikenakannya mirip karakter Ultraman

“Apabila adik tengok gambar-gambar yang diambil tu dia tegur kenapa pilih tema Ultraman. Lepas dia cakap macam tu baru saya perasan warna baju memang sama dengan karakter tu.

“Adik saya pula masa tu masih lagi bersekolah. Jadi dia memang suka tengok anime dan kartun-kartun Jepun lain.

“Mujurlah adik tegur cakap macam tu lepas majlis dah selesai. Andai kata saya tahu daripada awal sebelum majlis, memang akan murung,” imbas Eyra.

Eyra berkahwin dengan suaminya pada 27 Mei 2012.

Namun begitu, sehingga kini Eyra masih berpuas hati dan gembira dengan pilihan warna pakaian perkahwinannya.

Tambah Eyra yang sudah memiliki dua cahaya mata, baju tersebut ditempah khas dan bukannya disewa.

Baru-baru ini Eyra memberi nafas baharu kepada pakaian tersebut dengan mengubahnya kepada rekaan yang lebih terkini.

“Saya happy saja sebab baju tersebut cantik sangat pada ketika itu. Penuh dengan manik sampai ada orang tanya tempah dekat mana.

“Lagi pula masa tu warna baju-baju pengantin banyak yang kontra. Saya rasa warna-warna pilihan zaman tu lagi kena dengan citarasa. Sebab tu saya tempah warna merah dan silver. Tak sangka pula boleh disamakan dengan Ultraman.

Apabila adik tengok gambar-gambar yang diambil tu dia tegur… kenapa pilih tema Ultraman.

EYRA

“Sekarang saya alter semula baju tu nak nampak lebih terkini. Apabila tengok hasilnya, saya rasa cantik juga. Tapi tetap rasa kelakar kerana nak ikutkan juga tema warna merah yang famili nak tu,” jelasnya.

Sehingga kini video yang dikongskan di TikTok meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.

Rata-rata netizen terhibur dengan komen mengenai tema Ultraman yang dikatakan oleh adik Eyra.

“Netizen pun faham, trend tu zaman 2012 memang paling cantik. Memang mereka cakap paling glamour dengan design macam tu.

Eyra memilih tema merah dan silver atas permintaan keluarga.

“Tapi apabila saya mention tema Ultraman, ramai yang baru perasan memang sama. Kiranya kalau tak cakap sama dengan karakter tu memang orang tak tahu pun.

“Saya tak rasa menyesal pun dengan baju tu tapi rasa seronok sebab ada kenangan macam tu untuk dikenang dan dikongsikan dengan anak-anak.

“Dalam pada tu, saya nak sampaikan juga bahawa kalau kita pilih tema lebih simple, kita akan nampak cantik saja sepanjang zaman,” ujarnya lagi.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button