“Buktikan kepada saya dengan hanya memberi satu jari” – Suami dilarikan ke Thailand selepas dicvlik 5 tahun lalu akibat hut4ng
KOTA BHARU: “Lima tahun saya menanti kepulangan suami yang hingga kini tidak kunjung tiba dan sepi tahun berganti tahun.
“Daripada anak berusia dua tahun ketika kejadian, kini anak saya sudah berusia tujuh tahun dan memasuki alam persekolahan tanpa kehadiran bapanya”.
Nur Azra Syazwani Abdullah, 29, bersama anaknya, Muhammad Rizqi Rayyan, 7, selepas kehilangan suami sejak lima tahun lalu. NSTP/ Ihsan Nur Azra
Demikian luahan Nur Azra Syazwani Abdullah, 29, yang hingga kini buntu selepas suaminya dicvlik sekumpulan lelaki sebelum dipercayai dibawa lari ke Thailand pada 5 Julai 2017 kerana dikatakan ada kaitan isu hutang.
Katanya, walaupun kejadian itu sudah lima tahun berlalu, segala detik yang berlaku di mana suami, Mohamad Aiman Zafri, 29, diheret di depan mata masih lagi segar dalam ingatan.
“Segala-galanya masih segar dalam ingatan saya termasuk jer1tan3 suami dipercayai dipukvl sekumpulan lelaki yang mencul1knya ketika mereka menghubungi saya.
“Tiada apa yang diharapkan, sekiranya benar suami saya men1ngg4l dun1a, buktikan kepada saya dengan hanya memberi satu jari pun sudah memadai sekiranya saya tidak dibenarkan melihat suami.
“Nak kata saya masih berharap kepulangan suami pun tidak juga memandangkan sudah lima tahun berlalu, apatah lagi suami dibawa lari ke Thailand, macam-macam boleh berlaku,” katanya ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian jam 11.15 malam pada 5 Julai 2017, Mohamad Aiman dikatakan bersama isterinya berhenti di kedai runcit ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum didatangi sebuah kereta dinaiki tiga lelaki dan mem4ksa suami masuk kenderaan mereka.
Susulan kejadian itu, isterinya dihubungi seorang lelaki menggunakan nombor telefon Thailand yang meminta wang tebusan RM50,000 sambil mendakwa m4ngsa berhutang.
Azra berkata, sebelum ini dia sering kali bertanyakan perkembangan suaminya kepada pihak polis, namun sejak tiga tahun lalu dia tidak lagi berbuat demikian memandangkan pihak berkuasa juga tidak menemui sebarang petunjuk.
“Kejadian yang berlaku membabitkan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, baru-baru ini mengingatkan kembali apa yang berlaku kepada saya.
“Saya memahami perasaan keluarga Rosnazirah, mereka baru mengalami selama seminggu namun saya sudah mengalaminya sejak lima tahun lalu.
“Namun, secara jujurnya saya tidak boleh membaca sebarang berita berkaitan kes Rosnazirah kerana ia mengingatkan saya kejadian yang menimpa suami. Disebabkan itu seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengambil tahu tentang kes itu,” katanya.
Katanya, anaknya Muhammad Rizqi Rayyan, 9, baru-baru ini ada bertanyakan bila bapanya mahu pulang walaupun ketika kejadian anaknya masih kecil.
“Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawab setiap kali anak bertanya ‘bila daddy pulang.” Setakat ini setiap kali isu itu dibangkitkan, akan akan meminta anak terus berdoa supaya daddy pulang dengan izin Allah.
“Walaupun harapan saya semakin tipis untuk melihat suami, saya sentiasa berdoa semoga segala urusan saya dan suami dipermudahkan,” katanya.
Sumber: BH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.