Hiburan

“Berkat doa kalian selama ini” – Selepas 8 tahun menduda, Along Cham kembali bergelar suami

SELEPAS lapan tahun memegang status duda, pelakon dan pelawak Along Cham akhirnya kembali bergelar suami dengan wanita pilihannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang diadakan di sebuah masjid.

Along bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.

Along menamatkan zaman duda selepas lapan tahun.

“Bismillah… Assalammualaikum Sayang.

“Berkat doa kalian selama ini, terima kasih atas doanya,” katanya.

Along berkongsi perkara itu melalui satu hantaran di Instagramnya pada petang Khamis.

Untuk rekod, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Zila Seeron, 35, pada 23 Januari 2010.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Daniel, 13 tahun.

Pada 13 Ogos 2016, isteri pelawak itu ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan khalwat.

Along dan Zila kemudiannya bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button