Hiburan

“Bapa Saya Sendiri Kahwin Lima, Tapi …” – Teladani Susah Payah Ibu, Edika Yusof Takkan Tinggalkan Isteri!

KUALA LUMPUR: Pengalaman melihat kesukaran ibunya membesarkan anak-anak selepas diceraikan membuatkan pelakon, Edika Yusof bertekad untuk terus mempertahankan kebahagiaan rumah tangganya.

Kata pelakon berusia 55 tahun itu, dia faham perasaan seorang isteri yang terpaksa berkongsi kasih dan berusaha untuk terus memberikan kebahagiaan kepada isteri, Nor Hidayah Yusri dan tiga anaknya.

“Sebenarnya adik saya pun kahwin dua dan bapa saya sendiri kahwin lima… kahwin cerai tapi masih ada empat isteri. Ramai saudara lelaki saya yang berpoligami.

“Jadi, saya bukan nak tunjuk pandai sebab ada satu isteri tapi saya cuba jadi yang terbaik. Sebab orang yang menjadi saya, ibu saya yang merupakan isteri kedua.

“Selepas mereka bercerai, ibu saya yang menjaga kami adik-beradik, bekerja siang malam untuk besarkan kami. Saya nampak, apabila ditinggalkan seorang lelaki, apa yang dihadapi perempuan atau ibu tunggal.

“Sukar untuk saya ulas tentang perkara ini kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Tetapi, apa yang boleh saya katakan jagalah isteri yang satu dengan baik.

“Letakkan diri kita dalam situasi, hati dan perasaan mereka. Sekiranya seseorang lelaki itu ditakdirkan berkahwin dua, mereka kena betul-betul berlaku adil,” katanya yang ditemui selepas sesi pratonton drama bersiri, Projek High Council, semalam.

Pelakon Maria Mariana ini pernah menjadi inspirasi ramai selepas kisah kesetiaannya menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan tular, sedikit masa lalu.

Kata Edika, timbul kerisauan dalam dirinya apabila ada pihak yang datang dan meminta pandangannya berkenaan isu rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang sedang tular.

“Memang risau apabila orang rujuk kepada saya tentang kisah rumah tangga orang lain. Saya bukan malaikat, hanya seorang suami yang mahu menjaga isteri dan anak-anak dengan baik.

“Sebagai suami, memang terasa tempiasnya apabila kisah begini diperkatakan ramai. Saya kena berhati-hati, pastikan hanya keluar dengan kawan-kawan lelaki bagi mengelakkan fltnah.

“Apa yang saya buat adalah untuk keluarga, bukan untuk orang lain,” katanya lagi.

Disoal tentang rahsia keharmonian rumah tangga, kata Edika, pasangan suami isteri perlu saling memahami dan jujur antara satu sama lain.

“Kami sama seperti pasangan lain, ada masa berselisih faham dan menyebut perkataan yang kami sendiri tidak suka ketika bergaduh. Tetapi, apa yang kami buat adalah berbincang dan cuba mencari penyelasaian kepada masalah yang timbul.

“Saya tidak mahu kongsi hal rumah tangga di media sosial. Perkara itu terlalu sensitif dan yang menanggung kesannya adalah anak-anak kerana mereka menjadikan ibu dan bapa sebagai contoh,” jelasnya.

kredit: utusan, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button