Hiburan

“Katanya Anak Saya Dimasukkan Ke…”- Adam Shahz Dakwa Dah 3 Bulan Dihalang Fatin Afeefa Jumpa Anak

Pelakon Adam Shahz akui tidak tahu menahu tentang keberadaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 7, selepas mendakwa hampir tiga bulan dihalang daripada berjumpa kanak-kanak itu oleh bekas isterinya iaitu pelakon, Fatin Afeefa.

Adam, 41, ketika ditemui Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga memberitahu, Fatin termasuk bekas ibu mentua telah menyekat nombor telefonnya sehingga mereka gagal untuk dihubungi.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang anak saya sebab pihak sebelah sana (Fatin) dan bekas ibu mentua sekat nombor telefon saya. Jadi saya tidak boleh berhubung dengan mereka,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, pelakon drama Juvana itu mendapat tahu daripada sumber yang mengatakan bahawa anaknya telah dimasukkan ke sebuah sekolah asrama tanpa pengetahuannya.

“Apa yang saya dapat tahu, ada sumber cakap anak saya dimasukkan ke sebuah sekolah asrama. Tapi sekolah asrama mana pun saya tak tahu,” katanya.

Atas apa yang berlaku, sebagai seorang bapa, Adam berasa sedikit kesal apabila haknya dinafikan apabila langsung tidak boleh berjumpa dengan anak tunggalnya itu.

Ujar Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, sebelum ini dia boleh berjumpa anaknya sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada hari Sabtu dan Ahad.

Namun sejak tiga bulan lalu, dirinya dihalang berbuat demikian.

“Sebelum ini saya boleh berjumpa dengan Ivy antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

“Katanya anak saya dimasukkan ke sebuah tempat mengaji. Jadi waktu saya hanya Sabtu dan Ahad setiap minggu. Itu sahaja.

“Sebagai seorang ayah, saya bukan nak minta hak lebih. Tapi bila saya ada cuti, permudahkanlah urusan saya. Adakan masa anak dengan saya. Itu sahaja,” tegasnya.

Tambah Adam, dia membawa perkara tersebut ke mahkamah bukan untuk bermusuhan, tetapi hanya mahukan hak sebagai seorang bapa selain mengelak daripada difitnah netizen.

“Selama ini saya diam. Bila ada desakan, baru saya bersuara. Bukan apa, saya mahu orang tahu apa yang terjadi. Kalau saya terus tutup mulut, takut ada fitnah pula nanti.

“Sebagai bapa saya berhak tahu di mana anak saya berada. Jangan pula selepas ini bila terjadi apa-apa, salahkan saya pula tak ambil tahu tentang anak,” katanya yang hadir seorang diri ke mahkamah.

Sementara itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan respon daripada Fatin belum berjaya kerana pelakon berusia 28 tahun itu belum sempat ditemu bual.

Untuk rekod, perkahwinan Adam dan Fatin yang berlangsung pada 21 Disember 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka bercerai sekitar Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Ivy Herra Sophia, manakala sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Sumber: Kosmo! Online

Kredit: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button