Hiburan

Imej rambut hijau Hafiz Suip terjawab, mahu ‘Terus Bersinar’ selepas lama menyepi

TINDAKAN penyanyi Hafiz Suip memuat naik foto terbaharunya yang memperlihatkan dia tampil dengan imej berbeza termasuk rambut berwarna hijau akhirnya terjawab.

Sekian lama mendiamkan diri daripada persada seni muzik, penyanyi berusia 33 tahun itu tampil dengan single terbaharu berjudul Terus Bersinar.

Pemilik nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip ini memberitahu seperti kebanykan lagu popularnya sebelum ini dia masih mengekalkan tema kekeluargaan dalam single terbaharunya itu.

Lagu ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito ini mengangkat mesej untuk seorang insan yang bergelar anak.

Terus Bersinar menjadi taruhan Hafiz.

Lirik lagu Matahari sebelum ini mengisahkan hubungan adik-beradik manakala Awan Nano pula pengorbanan seorang bapa manakala Kisah Cinta Kita terjemahan kasih sayang antara suami isteri.

“Terus Bersinar adalah berkisar tentang seorang anak… Setiap lagi yang saya lancarkan ada jalan cerita, kisah dan mesej tersendiri,” katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, pertama kali mendengar lagu berkenaan dia terus jatuh cinta dan mahu ia dilancarkan sebagai single terbaharunya.

Kata Hafiz, bait-bait lirik lagu Terus Bersinar menceritakan bagaimana seorang ibu dan bapa menjaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.

Hafiz tidak pernah hilang, masih aktif menyanyi.

“Kalau baca setiap bait lirik lagu ini, memang sesuai ditafsir berkaitan anak. Saya percaya lagu ini nanti insya-Allah mendapat tempat di hati pendengar.

“Begitu juga dengan video muzik lagu ini yang mana memang menceritakan mengenai ibu bapa yang menjaga dan membesarkan anak daripada kecil hingga besar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Terus Bersinar juga dipilih menjadi lagu runut bunyi bagi drama 30 episod berjudul Surat Dari Tuhan yang akan bersiaran di slot Samarinda TV3 mulai 30 Oktober ini.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button