Global

Cukuplah dua… Doa Randy Pangalila mahu sepasang cahaya mata termakbul, tak fikir nak tambah anak lagi

PELAKON Randy Pangalila yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kedua memberitahu dia tidak merancang untuk menambah anak lagi.

Kara Randy, 33, sejak awal berkahwin dengan isterinya iaitu Chelsey Frank, mereka sudah sepakat tidak mahu memiliki ramai anak dan cuma menginginkan sepasang cahaya mata.

“Anak pertama perempuan dan sekarang lelaki. Jadi sudah tidak mahu tambah anak lagi… sudah cukup.

“Memang dari awal kami sudah merasakan cukup memiliki dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Ternyata doaku menjadi nyata apabila memiliki kedua-duanya sekarang,” katanya seperti yang dipetik dari Kompas.

Anak kedua yang dilahirkan pada 21 Jun lalu diberi nama Asher Griffin Pengalila.

Tambah pelakon ini lagi, dia dan isteri sudah mula memikirkan nama anaknya itu sejak awal kehamilan selepas mengetahui bakal menimang zuriat lelaki.

Randy bersama isteri dan anak pertama mereka.

Dalam masa sama, Randy memberitahu isterinya terpaksa menjalani prosedur pembedahan atas nasihat doktor disebabkan kedudukan bayi dalam kandungan ketika itu tidak sesuai untuk melalui proses kelahiran normal.

“Pada awalnya isteri mahu mencuba bersalin secara normal, namun doktor sarankan lebih baik jalani pembedahan disebabkan kedudukan bayi ketika itu. Ia demi kebaikan ibu dan anak.

“Proses bersalin kali ini berjalan lancar sebab kami sudah ada pengalaman menyambut kelahiran anak pertama sebelum ini.

“Nama juga sudah difikirkan sejak awal kerana kami tahu akan menyambut anak lelaki,” ujarnya.

Untuk rekod, Randy dan Chelsey mendirikan rumah tangga pada Januari 2019 dan anak pertama mereka bernama Blair Willow Pangalila lahir pada Mac 2021.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button