Hiburan

“Makan hati berulam jantung dan bukan senang nak dapatkan clnta suami orang” – Zarina Zainuddin

SHAH ALAM – Pelakon Zarina Zainuddin mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk memperoleh cinta daripada lelaki yang sudah bergelar suami orang kerana pelbagai dugaan dan rintangan perlu dihadapi.

Pada masa sama, Zarina turut memberi saranan kepada wanita di luar sana supaya elakkan untuk jatuh cinta dengan suami orang kerana pada akhirnya yang merana nanti adalah wanita itu sendiri.

“Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Kalau boleh jangan jatuh cinta pada suami orang sebab kesian pada diri kita sebenarnya.

“Sebab kita kena hidup merana dulu. Bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita ini yang indah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program Mak Untuk Malaysia (MUM), ‘Korban Kasih Zarina Zainuddin’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Program selama sejam itu dikendalikan oleh Nor Azzura Azizul Azman sebagai hos.

Dalam pada itu, Zarina turut mengakui merasakan ‘makan hati berulam jantung’ semasa menjadi isteri kedua kerana suaminya kurang menghabiskan masa bersamanya di rumah.

Malah katanya, demi ‘menjaga hati’ isteri pertama, dia hanya mendedahkan dirinya menjadi isteri kedua selepas usia perkahwinan mencecah 21 tahun.

“Makan hati berulam jantung. Bukan senang sebab suami kalau dah kahwin dengan kita, dia akan cuba untuk pujuk hati isteri pertama balik sebab dia rasa bersalah.

“Jadi kita yang akan makan hati. Saya stress tetapi perlu sabar dan kuat. Alhamdulillah segalanya menjadi baik selepas saya mengandung.

“Bahagia itu sebenarnya kita yang cipta, kita cipta kebahagiaan kita sendiri. Jangan tamak sebab tahu saya hidup bermadu maka saya perlu berkongsi.

“Saya cuba ambil hati suami, madu saya dan walaupun kadang-kadang kena perli, kita kena terima. Ada orang marah sebab ambil suami orang memanglah marah, jadi kita kena sedar diri kita sudah ambil hak orang, jangan kita pula lebih-lebih,” ujarnya yang kelihatan sebak dan menitiskan air mata ketika berkongsi kisah hidupnya.

Program MUM bertajuk ‘Korban kasih Zarina Zainuddin’ menampilkan Pengacara, Nor Azzura Azizul Azman dan Pelakon, Zarina Zainuddin (kanan) yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pelakon kelahiran Bota, Perak itu menyatakan dia meletakkan syarat kepada suaminya jika ingin berkahwin dengannya perlu mendapat keizinan daripada isteri pertama.

“Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.

“Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang,” jelasnya.

Zarina menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya untuk meminta izin dan bertemu dengan isteri pertama.

Jelasnya, selepas pertemuan dengan isteri pertama, wanita itu menelefon ibunya dan memberi keizinan untuk suaminya berkahwin dengannya.

Sumber: sinar harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button