Viral

Cantik bergantung, busana Hari Malaysia undang sayu! Anak yakin menang, tapi menlnggal sebelum bertanding

RAMAI yang tidak sabar menantikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Tentu sekali kanak-kanak antara yang paling teruja, terutama murid-murid yang menyertai pertandingan pakaian beragam di sekolah sempena sambutan itu.

Namun bagi seorang ibu, sepasang baju kebaya berinspirasikan Hari Malaysia dengan warna-warna Jalur Gemilang milik anak perempuannya hanya mengundang rasa sayu.

Nur Qaleesya Sofea Shamsul Nazri meninggal dunia pada 15 Ogos 2023.

Busana itu dibeli Nurul Jannah Idris secara dalam talian kira-kira seminggu sebelum anaknya, Nur Qaleesya Sofea Shamsul Nazri yang berusia lapan tahun dijemput Ilahi.

Ibu berusia 34 tahun itu berkata, anak kedua daripada tiga beradik perempuan itu meninggal dunia pada 15 Ogos lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman.

“Anak saya (arwah) menyertai pertandingan pakaian beragam sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bermula dua tahun lalu sejak belajar di peringkat prasekolah.

“Setiap kali ada pertandingan pakaian beragam, dia yang paling teruja. Pertandingan tu dijadualkan pada minggu depan sebelum sambutan Hari Malaysia, tapi saya beli pakaian tu lebih awal pada bulan lalu sebab nak elak kehabisan stok,” katanya kepada mStar.

Arwah Nur Qaleesya menyertai pertandingan pakaian beragam ketika prasekolah.

Jannah berkata, anaknya yang mesra dengan panggilan Kak Cha itu bagaimanapun berpeluang untuk memakai busana bertemakan Hari Malaysia itu sebaik pesanan dihantar ke rumah.

“Kebetulan atuk dan nenek datang melawat masa tu, dapatlah dia posing sakan depan mereka di rumah. Dia memang seronok sangat, tak sabar nak masuk pertandingan.

“Tapi masa tu belum beli aksesori, jadi saya tak ada ambil gambar atau video dia pakai baju kebaya tu,” ujarnya yang berasal dari Felda Sungai Tengi Selatan di Hulu Selangor, Selangor.

Berinspirasikan rekaan dan warna Jalur Gemilang, busana itu mempunyai corak motif bunga raya dan ikonik Menara Kembar PETRONAS selain diserikan dengan selendang songket.

Arwah Nur Qaleesya menyertai pertandingan pakaian beragam ketika darjah satu.

Menyifatkan arwah anaknya sebagai pemalu tetapi mudah mesra, Jannah bersyukur anaknya itu tidak pernah membantah dan sering membantu menjaga adiknya yang berusia empat tahun.

“Alhamdulillah, ada ciri-ciri penyayang pada dia. Dia juga seorang yang tenang di saat-saat akhir dia walau dalam kesakitan.

Masa prasekolah dan darjah satu, anak tak menang apa-apa. Tapi dia tetap bersemangat nak masuk lagi pertandingan untuk tahun ni.

NURUL JANNAH IDRIS

“Beberapa jam sebelum dia ‘pergi’, dia tanya kenapa ibu menangis sebab banyak air mata keluar. Saya menangis sebab tengok banyak wayar dipasang pada dia di wad.

“Suami saya pun menangis. Dia usap air mata mak ayah dia. Dia kata janganlah menangis,” katanya dengan nada sebak.

Jannah menyifatkan anaknya Nur Qaleesya sebagai pemalu tetapi mudah mesra.

Dia yang berniaga di warung turut berkongsi luahan arwah anaknya mengenai keterujaan untuk menyertai pertandingan pakaian beragam sempena Hari Malaysia tahun ini.

“Dua tahun sebelum ni iaitu masa prasekolah dan darjah satu, anak tak menang apa-apa. Tapi dia tetap bersemangat nak masuk lagi pertandingan untuk tahun ni.

“Dia siap cakap tak sabar nak pakai baju tu sebab yakin boleh menang. Tapi Allah lebih sayangkan dia… tak sempat nak pakai baju tu catwalk atas pentas, gayakan aksesori tu semua,” katanya sambil menambah arwah anaknya berbakat melukis dan mewarna.

Kenangan…. Allahyarham Nur Qaleesya (kiri) bersama keluarga.

Menurut Jannah, walaupun hajat arwah anaknya untuk memperagakan busana sempena sambutan Hari Malaysia tidak kesampaian, ia akan disimpan dengan baik.

“Baju ni saya akan simpan elok-elok. InsyaAllah saya akan bagi adik dia pakai bila muat nanti,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button