Hiburan

“Alhamdulillah Syukur .. Sy Tidak Hebat Mana”Dari Menyanyi, Berlakon Sehinggalah Jadi Hos GV9, Elly Mazlein Kini Jadi Penyampai Era Pula!

Penyanyi, pelakon dan hos, Elly Mazlein bakal berada di konti Era.FM bagi mengendalikan segmen Carta Era 40 bermula Selasa.

Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi Era.FM pada Sabtu.

“Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys.

“Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh #sharERA,” kapsyen yang tertera menerusi hantaran berkenaan.

Elly yang juga hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Nabil Ahmad turut berkongsi perkara sama di Instagram sambil menitipkan ucapan terima kasih atas kepercayaan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas bidang baharu yang bakal digalas Elly minggu hadapan di Era.FM.

Elly Mazlein tak sangka jadi ‘trending’

Kelincahan serta ‘kegedikan’ Elly Mazlein, 42, sebagai pengacara baharu Gegar Vaganza (GV) musim ini bersama Nabil Ahmad mencuri perhatian dan mendapat pujian ramai sehingga ‘trending’ pada konsert pertama semalam.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, dia sebenarnya memang gementar memandangkan jenama GV itu sendiri sudah terlalu besar serta berat tanggungjawabnya.

“Memang gementar sampai nak pitam. Saya ambil tempat orang yang mana DNA GV ini, orang tahu macam mana Nabil dan Jihan serta produksi program ini. Saya seperti jiran baharu yang nak masuk rumah baharu.

“Jadi, saya nekad buat cara sendiri, turuti kemahuan GV. Satu hal yang membantu juga adalah saya kenal semua bintang-bintang bertanding. Jadi saya nak usik-usik pun tak malu.

Elly juga berharap tenaga yang dipamerkan dan dipuji semalam dapat dikekalkan sehingga ke penamat GV musim sembilan kali ini.

“Macam dalam kelaslah. Kalau nak nombor satu, buat kerja rumah lebih. Saya buat sehabis baik kerana GV semua orang tahu dari musim pertama sampai lapan.

“Tugas itu agak berat sebenarnya kerana nak kekalkan momentum GV yang mana semua orang tertunggu-tunggu. Saya jadi saja diri sendiri,” katanya.

Nabil Ahmad dan Elly Mazlein di Konsert Gegar Vaganza Musim Ke-9 (GV9) minggu pertama yang diadakan di Auditorium MBSA. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN

Terdahulu, nama Elly menjadi ‘trending’ di media sosial berikutan cara dia mengacara begitu mencuit hati.

Malah, dia juga tidak dibandingkan dengan sesiapa dan keserasiannya dengan Nabil sangat berjaya.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button