Viral

Paling rare! Wanita miliki 2 suami serentak, bergilir layan siang malam… Sayang dua-dua, tak sanggup cerai

PELIK tapi benar, tapi begitulah kisah membabitkan seorang wanita yang mempunyai dua suami sekali gus!

Pendedahan itu dibuat seorang peguam syarie, Shazril Khairyl Mustafa.

Menurut Shazril, ia merupakan kisah benar berdasarkan kes yang dikendalikannya sendiri.

“Suami pertama berkahwin di Siam (Thailand) tanpa diketahui keluarga. Suami kedua berkahwin di Malaysia direstui ibu bapa,” tulisnya menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok.

Shazril berkata, wanita berkenaan menjadi isteri secara bergilir buat kedua-dua suaminya.

Salah seorang daripada dua suami terpaksa dilepaskan. -Gambar hiasan

“Siang isteri ke rumah suami pertama dengan memberikan alasan keluar kerja kepada bapanya. Apabila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya.

“Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen di TikTok bagi menjawab persoalan netizen, Shazril yang juga peguam harta pusaka dan pakar perancang takaful berkata, kes tersebut telah pun selesai.

“Dah selesai. Isteri ikut pilihan bapa memilih suami yang kedua. Jadi berlaku penceraian untuk pernikahan pertama,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Shazril memberitahu, perkahwinan si isteri bersama suami kedua sah sehingga dibuktikan status rumah tangga pertama adalah tidak sah.

“Sekiranya perkahwinan pertama sah, terfaraq perkahwinan kedua,” katanya.

Sebagai peringatan, Islam melarang perbuatan poliandri iaitu amalan di mana seseorang wanita berkahwin dengan lebih daripada seorang suami pada masa yang sama.

Antara komen netizen.

Di ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan kisah benar mengenai seorang wanita yang mempunyai dua suami.

Power dia layan dua suami.

“Suami dimadukan. Selalu isteri dimadukan suami.

“Jarang-jarang suami rela. Biasa tak rela. Mudah dah sayang. Keduanya,” komen netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button