Hiburan

Achey dituduh tiada ‘job’ punca berniaga gula-gula, ini respon tuan punya badan

PELAWAK Achey bersikap positif apabila dituduh melakukan perniagaan gula-gula disebabkan tidak lagi mempunyai sebarang tawaran dalam industri.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata, dia percaya setiap rezeki yang datang adalah daripada Allah dan tidak terletak di tangan manusia.

Jelasnya, setiap orang juga pasti akan merasai graf naik turun dalam kehidupan

Achey dan Tiara ketika membuat siaran langsung menjual gula-gula.

“Aku percaya rezeki Allah.

“Hidup ini mudah. Allah dah sediakan semuanya tinggal kita je usaha. Tak rajin tak dapat. Meniaga bukan siapa lebih popular tapi meniaga ini anda kena nikmati perjalanannya.

“Graf naik turun kena rasa. Fasa ia ‘meletup’ orang semua bercakap dan akan kira pendapatan kita. Fasa ia menurun tak semua nak amik tahu,” katanya.

Achey memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagramnya pada Jumaat.

Dalam masa sama, Achey berkata, perniagaan gula-gula yang dilakukannya itu juga adalah bagi mendidik anak perempuannya, Nur Tiara menjalani kehidupan apabila dewasa.

“Lagi satu, (ia) sesuai untuk mendidik anak aku. Kita tunjukkan depan dia sentiasa betapa susahnya untuk mendapatkan imbuhan (duit) demi keperluan kita.

Achey dan Tiara ketika ditemui mStar.

“Pembelajaran anak tentang kehidupan adalah apa ang kita lakukan seharian. Ini supaya Tiara terdidik dengan cara. Bukan sahaja perniagaan, kehidupan, keinginan, pendidikan tapi dalam agama juga,” ujarnya.

Pada 23 Ogos lalu, Achey berasa terkejut apabila perniagaan makanan ringan yang dijalankan Tiara menerima sokongan luar biasa daripada netizen.

Biarpun tidak mendapat keuntungan besar, Achey bersyukur apabila mereka berjaya menjual sebanyak 3,000 pek gula-gula dan menerima ‘gift’ daripada pengikut di TikTok.

Malah, ketika dihubungi mStar, Achey mengambil keputusan untuk mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan.

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button