“Nak Bersyukur, Itu Jer,” – Moga Till Jannah Buat Amy Mastura, Suami

Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura ada berkongsi foto lamanya yang dirakam kira-kira 19 tahun lalu apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri kepada lelaki pujaan hati, Alvin Tham Suffian.

Foto tersebut dikongsikan Amy sebagai simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad.

Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat, ia bagaimanapun sudah jelas untuk menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi Sha Na Na ini.

“Nak bersyukur. Itu jer,” kongsi Amy. Meski tidak berkongsi kapsyen dengan lebih detail, kebanyakan peminat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan.

 

Malah, rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama terhadap bintang senior berusia 48 tahun itu.

 

Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.

 

 

 

sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply