Kesian Bella penat bekerja sampai sakit dibuatnya – Didi Astillah

Penyanyi remaja, Didi Astillah, 23, menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bahawa kakaknya, Bella Astillah telah jatuh sakit akibat kepenatan mencari rezeki.

Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan Bella yang begitu gigih bekerja sehingga kesihatan kakaknya itu terjejas.

Ya Allah, kesian Kak Long, penat sangat kerja sampai sakit-sakit.

“Get well soon Kak Long!” ucap Didi berdasarkan kapsyen yang disertakan klip video dimuat naik pada ruang Insta Story.

Pada masa sama, pada laman Instagram milik bekas isteri Aliff Aziz itu, Bella berkongsi keadaannya yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

 

Bella berkongsi gambarnya ketika sedang mendapatkan rawatan.

Biarpun kondisinya dilihat begitu lemah dan tidak bermaya, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, sempat berterima kasih kepada para peminat yang mendoakan kesejahteraannya.

 

Pesona tiga beradik, Eriqa, Bella dan Didi.

“Terima kasih atas doa anda semua. Rasa sangat dihargai.

“Saya juga nak minta maaf kerana dalam tempoh ini, saya tak boleh nak buat review (ulasan berbayar) seperti dijanjikan.

“Lepas saya kembali sihat, saya akan buat semula,” ujar Bella dalam nada suara yang serak dek mengalami batuk berpanjangan. – MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply