“Apa salah lelaki tu” – Hati-hati Kalau Nak Keluar Duit! Lelaki Ini Kena T1kam Depan Mesin ATM

Kita selalu guna mesin ATM untuk buat urusan keluar duit, transfer duit, bayar bil, atau apa-apa yang berkenaan dengan duit lah. Sekarang ni banyak kejadian yang membahayakan berlaku berdekatan dengan ATM.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di China ini membuktikan ATM bukanlah tempat yang selamat untuk semua orang. Menerusi Twitter milik @famyyyyyyy, dia ada share video kejadian rompakan bersenjata di sebuah ATM di China.

AMARAN! VIDEO INI MENGANDUNGI INSIDEN MENGERIKAN

Apa salah lelaki tu?

 

 

Itulah soalan yang sama bermain difikiran kami. Apa salah lelaki tu sampai kena tikam macam tu? Tak pasal-pasal kena tikam sampai berdarah macam tu. Lepas tu tak ambil apa-apa pun dari mangsa. Kesian weh!

 

Itulah, bukan di China sahaja, dekat tempat kita pun ada juga yang tak takut undang-undang. Semua benda buat ikut suka dan tak ikut peraturan. Padahnya, orang sekeliling yang tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan. 

 

Yang tak ada seni bela diri ni lagi takut weh. Silap hari bulan kena tetak tak tentu pasal. Nak serang takut pulak sebab orang tu bersenjata. Karang tak pasal berdarah dekat situ. 

 

Bukan nak menghalalkan rompakan, tapi biarlah berhati perut sikit. Orang yang tak buat apa pun kena tikam tak tentu pasal, kau dah kenapa? Apa hantu yang masuk dalam badan kau sampai nak tikam-tikam orang. 

 

Marilah kita sama-sama berdoa supaya dijauhkan dari perkara yang tak diingini macam ni. Semoga Tuhan sentiasa memberi kita perlindungan dalam kita sedar atau pun tidak. 

Orang sekarang ni memang tak boleh predict apa yang dia nak buat. Kalau kita dah jaga diri kita elok-elok tak pasal-pasal pulak ada orang serang dengan senjata. Memang bahaya weh. Hati-hati lah ye korang semua, lagi-lagi bila dekat mesin ATM. 

 

sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply