“Saya Budak Baru, Kalau Salah Tolong Tegur,” – Rupanya Dah Setahun Peluk Islam, Michael Ang Luah Rasa

Pengarah popular, Michael Ang mengumumkan bahawa dia kini telah memeluk agama Islam kira-kira setahun lalu.

Perkara itu dikongsikan Michael di Instagramnya sebentar tadi.

“Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun.

“Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la,” tulisnya. 

 

Menerusi video Ria X di Youtube rasminya, Michael menjelaskan bahawa dia sudah memeluk Islam sudah lebih satu tahun.

“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim dan dah bersedia untuk beritahu perkara ini. Saya masih banyak belajar tentang agama Islam..

“Doakan saya kekal sebegini dengan tunjuk ajar dan doakan agar kita semua jadi yang terbaik di mata Allah,” kata Michael. 

sumber: MH

Leave a Reply