Gambar paling mahal Mila Jirin

Saat melihat anak yang baru dilahirkan, menjadi kenangan manis buat si ibu.

Penyanyi Mila Jirin mengimbau kembali detik dia melahirkan anak lelakinya pada Mei tahun lalu.

Menerusi entri yang dimuat naik usahawan itu di dalam Instagram miliknya, Mila berkongsi gambar paling mahal dalam hidupnya.

“Alhamdulillah…gambar paling mahal…beberapa minit selepas melahirkan mu wahai anakku @arifzikri17. Waktu ni mommy dalam bilik pembedahan lagi. Arif jumpa daddy @isz_mustapha buat pertama kali. Daddy cakap waktu ni daddy rasa bersyukur sangat Arif selamat, mommy selamat.

“Daddy punyalah teruja sampaikam pertama kali jumpa Arif, daddy tanya jururawat yang bawa Arif tu, tangan cukup? Kaki cukup? Daddy pun tak tau kenapa tanya macam tu…gembira sangat la tu.

“Waktu daddy iqamat pada telinga Arif, perasaan sebak menghampiri…bersyukur sudah punya seorang zuriat. Mommy?

“Mommy masih di bawah kawalan bius, jadi mommy ingat- ingat lupa apa yang jadi. Yang mommy ingat, pertama kali mommy jumpa Arif, mommy cakap Alhamdulillah sambil cium pipi Arif.

“Lepas tu doktor cakap suara Arif high pitch macam mommy. Kemudian, mommy dah tak ingat hehehehe.

“Paling rasa teruja adalah bila Arif baru lahir pun dah pandai tengok kamera…hahaha mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi.

“Nukilan buat Arif bila dah besar nanti jika Instagram ini masih wujud, baca tau betapa mommy dan daddy kasihkan Arif, sayang Arif,” tulis Mila.

 

 

Mila berkahwin dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan dikurniakan Mohd Arif Zikri pada 13 Mei 2017. – MHE TV

Be the first to comment

Leave a Reply