“Nasib Baik Suami Cuti, Dapat Temankan Ibu Bersorak…,”- Fasha Sandha Gembira Dapat Isi Masa Sama Famili. Bersemutlah!

Bintang jelita, Fasha Sandha ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya dalam satu entri terbaru.

Foto yang dirakam bersama keluarga termasuk anak-anak itu jelas menampakkan sisi bahagia pengantin baru ini.

Kongsi pelakon yang berusia 35 tahun itu pula, mereka sekeluarga telah meluangkan masa bersama-sama ketika hari sukan sekolah anak.

“Sports Day! Good luck my babies, Nasib baik suami cuti, dapat temankan ibu bersorak untuk anak2,” tulisnya.

 

 

Dalam pada itu, perkongsian pelakon Patah Sayang Bertongkat Paruh itu mendapat pujian daripada peminat.

 

Semuanya gara-gara selepas mereka melihat kemesraan pasangan ini meluangkan masa bersama anak-anak tersayang.

Fasha yang kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Jejai atau nama lengkapnya, Rizal Ashram Ramli pada 2012 sebelum berpisah empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Alahai, semakin mesra dan romatis pasangan penganti baru ini. Makin bertambah manis!

Foto : Instagram Fasha Sandhal

sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply