“Adik-Adik Kalau Nak Edit Tu Agak-Agaklah, Jangan Sampai …..” – Ini Nasihat ‘Makan Dalam’ Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah menasihati penjual produk supaya tidak memperdaya pelanggan dengan menggunakan gambar yang disunting secara berlebihan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sakinah berkongsi gambarnya berserta kapsyen seolah-olah memerli penjual produk.

“Adik-adik kalau nak edit tu agak-agaklah, jangan sampai pokok, dinding tangga semua senget.

“Macam mana orang nak beli product awak,” tulisnya.

 

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis Sakinah.

 

 

Namun, Sakinah tidak mendedahkan kepada siapa dia ingin tujukan kapsyen tersebut.

 

Sebelum ini, ketiak Sakinah pernah menjadi perdebatan netizen di media sosial apabila dikatakan seperti kuih Akok.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha yang bertugas sebagai seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha.

 

sumber: MH

Leave a Reply