“Perjalanan saya bermula, selamat tinggal tatu” – Keith Foo

Menerusi perkongsian Instagram, Keith Foo melakukan rawatan membuang tatu secara laser di sebuah pusat rawatan estetik di Petaling Jaya, Selangor.

“My journey has begun, I’m removing all my tattoos. Good bye tattoos! (Perjalanan saya telah bermula, saya akan buang semua tatu!).

“Sesetengah orang buat tatu untuk seronok-seronok dan ada juga yang yang mempunyai maksud tersendiri. Kebanyakan buat tatu dengan tujuan seumur hidup mereka.

“Saya mempunyai tatu pertama ketika berusia 18 tahun dan setelah 18 tahun tatu pertama itu dibuang. Saya tidak menyesal memiliki tatu ini (sebenarnya saya suka). Sebahagiannya ada maksud tertentu,” katanya.

Dalam hantaran (posting) di Instastory itu, dia memuat naik foto dan video ketika menjalani proses pembuangan tatu tersebut dengan menggunakan rawatan pico laser.

 

Keith Foo berkongsi rawatan membuang tatu

Pico laser merupakan teknik rawatan terbaharu menghapuskan tatu dengan lebih selamat dan tidak menyakitkan.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose itu sebelum ini mempunyai lukisan tatu antaranya di beberapa bahagian badan, bahu dan di tangan.

Dia juga tidak pernah menyembunyikan tatu tersebut dan kerap memuat naik foto memperlihatkan tubuh di laman sosial.

Bukan sahaja Keith Foo, isterinya iaitu Kim Raymond turut mempunyai beberapa lukisan tatu.

Terdahulu, Keith dan Kim berkahwin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata, Skylar Raymond Foo yang kini sudah berusia dua tahun.

sumber: mstar

Leave a Reply